Hubby selalu berbalas email dgn dia. Semalam, dia mendapat email dari Mr. Scholtz lagi.
Subject: Perkembangan di Tanah Melayu
Kepada Rohaizat
Terima kasih di atas e-meru anda. Minggu lalu saya bertemu dengan pengganti Encik Kruger, Sylvia Wilson-Potgieter. Dia sepatutnya tiba di Kuala Lumpur dengan suaminya sekarang. Menurut pendapat saya, pertukaran tangan kerajaan Perak kepada BN berlaku tanpa keadilan. Rasa saya sepatutnya melaksanakan pilihan raya baru. Tapi nampaknya BN tidak mahu menyerah kepada Pakatan Rakyat. Saya sudah membaca dalam suratkhabar akan berlaku pilihan raya lain tidak lama lagi. Apakah BN akan bejaya mendapat semula kuasa politik?
Di sini cuaca baik, agak panas dan turun hujan hampir setiap hari. Sebab Pretoria adalah kawasan tinggi di atas paras laut, udara tidak mengandungi kelembapan. Pada hujung minggu ini saya akan pergi memancing di kawasan timur, dekat dengan sempadan Mozambique. Mudah-mudahan saya akan berjaya menangkap beberapa ikan. Lama tidak membuat pancing ikan. Saya sedang menyediakan joran dan barang lain.
Semoga anda dan semua alih keluarga anda sihat-sihat sahaja. Bagaimana keadaan bayi anda? Jangan memanjakan dia!
Saya menunggu berita dari anda.
Yang ikhlas
N Scholtz
*Tanah Melayu - Kerana dia sgt suka membaca sejarah, maka dia selalu menggunakan perkataan nie
*E-meru - Dia sgt suka bahasa Jepun. Jadi e-mail mmg dia akan guna e-meru
Suka la baca e-mail dari dia. Mcm baca novel zaman dulu-dulu.


3 scribble(s) on "Email dari Mr. N Scholtz"
wahh, mcm org dulu2 punya bahasa
yeah, betul. mcm org dulu-dulu. kalau ckp dgn dia, dia guna bahasa kamus babe! kita je guna bahasa pasar.
ya, saya setuju. disebabkan beliau baru mempelajari bahasa melayu, maka bahasanya sangat skema. bagus! saya suka!!
Post a Comment