Seperti biasa, resipi diambil dari dapur Ummi (sila lihat di sidebar menu). Katanya, sup ayam ni sedap sgt. Jadi, aku pilih resipi ni utk dicuba.
Actually, ni kali kedua aku buat sup nie. Kali pertama, tak sempat nak ambil gambar sbb gara-gara kami nak balik Cheras, kami terus call dan suruh jiran bwk balik satu periuk sebagai mkn malam mereka. Rezeki diorg kan?
Aku rasa sup ni sedap sbb MIL aku mkn bertambah nasi. Nampak berselera dia mkn (ni hubby yg ckp) sampai menghirup licin kuah sup!
Ni dah kes terbalik: Menantu lalu pun tak nampak. Hehehe..
Sup Ayam Hadnyai
Bahan-bahan:
Seekor ayam - dipotong utk buat sup
7cm lengkuas - dihiris nipis dan ditumbuk pecah
5 batang serai - diketuk
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
Tumis campur (atau 4 biji bunga lawang, 10 biji buah pelaga, 6 kayu manis, 6 bunga cengkih)
Daun sup - dihiris
Daun bawang - dihiris
Saderi- dihiris
Garam dan sedikit gula
Bahan kisar:
6 biji bawang putih
10 biji bawang merah
6 biji cili merah
4cm halia
Cara Memasak:
1. Tumis bahan kisar, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk jintan manis hingga wangi.
2. Masukkan ayam. Kacau rata. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit.
3. Masukkan batang saderi.
4. Masukkan 10 cawan air dan biarkan hingga menggelegak.
5. Tambah garam dan sedikit gula. Seimbangkan rasa.
6. Taburkan daun bawang dan daun sup.
7. Siap utk dihidang.


3 scribble(s) on "Sup Ayam Hadnyai"
Tak mkn lg ayam. Huhu.tunggu, ada lg 29ari lg heheheh, tak sabo nak abis pantang. Nak bawak amir jenjln hahahah, mak dia yg bosan dh sebenarnya
faizah> btul2 pantang ko eh! aku hari pertama deliver tu, hospital dah bg menu ayam. hahaha
menantu lalu pun tak perasan? hehe. terer2.
Post a Comment