Thursday, October 29, 2009
Dear John
Dear John, adaptation from Dear John novel by Nicholas Sparks!
God, I love that novel too (walaupun skrg TTTW bertakhta di hati). Plot cerita dlm novel sgt best. Ttg penantian. Ok, taknak jiwang sgt.
Sila ke http://www.youtube.com/watch?v=r0fq5dd0C60 kalau YouTube di atas tak keluar
Basically, Dear John cerita ttg satu couple yg menyintai satu sama lain. Ditakdirkan, lelaki tu dikerah utk jadi askar di Iraq. Selama dia di Iraq, kawan dia tolong 'jagakan' girlfriend dia. Kemudian, berlaku sesuatu yg tak diduga.. Akhirnya membawa kepada percintaan di antara girlfriend dia dgn kwn dia. Akhirnya pasangan tu berkahwin dan si lelaki ni hanya mampu melihat dari jauh dan redha. Kerana bagi dia, jika itu membuatkan perempuan tu gembira dan bahagia, dia sanggup ketepikan cinta dia.
Ok, sila dptkan buku Dear John di kedai buku berhampiran anda. Aku takde buku nie. Aku peruntukkan masa seharian baca buku ni kat Borders masa tunggu hubby kerja. Tu bile eh? Beberapa thn lepas.
Ok, back to The Time Traveler's Wife. Sadly, pawagam kat Seremban tak tayangkan cerita nie. Ish, ko tau tak peminat dia ni ada kat Seremban dan dah pasang tekad nak tgk?? Kenapa tak tayang? So, kami ingat nak tgk Pavilion esok lepas kerja. So sesapa yg nampak aku, sila sapa. Hahaha.. yg comot-comot tu aku la.
Siapa yang aku jumpa di kedai mamak?
Pekerja kat sana (cashier, tukang tebar roti canai, tukang bancuh air, tukang ambil order) tau aku akan pesan "roti kosong, banjir kuah dhal.. sambal sikit. air neslo ais!". Tu pada awalnya.
Kdg-kdg, aku order milo suam, kopi radix, nescafe, three layer tea.. bergantung pada mood aku. Wah, nak mkn pun kena tgk mood eh! Sejak tu, kalau nampak muka aku, diorg akan tanya "Air apa? Neslo ais? Three Layer Tea? Radix?". Hehehe.. comel je masing-masing.
Bkn aku sorang aje yg selalu bersarapan di sana.
Ada sorang pakcik yg tak terlalu tua.. mungkin awal 40-an, selalu minum sana. Dia akan pesan roti canai, air teh tarik dan segelas air suam. Kdg-kdg, dia akan baca suratkhabar. Dia akan pakai t-shirt warna putih dan seluar slack warna hitam. Orangnya tenang. Mungkin tidak bekerja atau mungkin kerja shift ptg.
Ada 2 sahabat, aku kira sahabat atau mungkin kawan. Yang pasti bkn dr tmpt kerja yg sama. Seorang akan memakai cap. Pakaiannya ringkas, t-shirt dan jeans. Seorang lagi, agak kemas penampilannya. Rambut berminyak dan disikat rapi. Eh, tak nampak nerd pun. Dia akan pakai sweater motor warna coklat. Mereka akan duduk di meja biasa, meja paling belakang! Duduk bkn bertentangan tapi sebelah menyebelah. Mungkin ingin memerhatikan gelagat orang lain.
Ada lagi satu couple. Aku panggil couple sbb mereka lelaki dan perempuan, berdua. Jgn salah anggap. Mereka bukan pasangan kekasih. Lelaki berumur 20-an. Perempuan berumur mungkin awal 40-an atau 50-an. Sudah beruban sedikit. Lelaki Melayu dan perempuan India. Agak menarik melihat mereka. Agaknya apa hubungan mereka sbb mereka nampak rapat dan mesra. Rasa mcm nak tanya aje. Ya, aku busy body! Hati mmg teringin nak tau macam mana mereka boleh kenal dan kenapa mereka selalu bersarapan bersama-sama. Kdg-kdg, yg perempuan akan bayar bil. Kdg-kdg, lelaki akan bayar. Pagi tadi lepas bersarapan, perempuan tu ambil sepinggan kuih-muih dan dia suruh lelaki tu makan. Aku duduk dekat dgn meja diorg. Jadi aku dgr perbualan diorg.
Lelaki: Eh, apa nie?
Perempuan: Ala, makan la.
Lelaki: Dah kenyang.
Perempuan: Ish, makan aje la.
Suaranya kedengaran seperti seorang ibu yg menyuruh anak dia menghabiskan makanan. Hmm, aku suka tgk diorg.
Aku? Aku hanya observer. Orang lain mungkin tgk sebagai seorang perempuan yg comot, hanya berselipar (aku taknak pakai high heels di jalan tar sbb nanti heels nye haus dan cepat rosak.. boleh?) dan asyik order benda yg sama.. mcm tak bosan-bosan!
Kdg-kala, mmg seronok memerhatikan manusia di keliling kita.
Anyway, birth poster yg dibuat khas utk Batrisyia telah selamat dihantar ke kedai frame, di frame kan, dipulangkan pada kami dan digantung di dinding rumah. Tak jemu mata memandang frame nie. Batrisyia pun asyik pandang dan sesekali tunjuk frame tu.
Cantik kan?
Monday, October 26, 2009
Why are you so cute? I feel like wanna hold you tight!





BBQ Chicken.. "It's not barbeque... It's BBQ"
Labels: Daily Life, Foods and Recipes

Lepas collect birth poster, kami ambil kesempatan utk jalan-jalan tgk barang. Berkenan kat beberapa benda (Baju Baby Kiko lawa-lawa sampai rasa nak rembat aje. Owh, kasut Larrie pun ada.. suker.. suker..). Decided utk dtg sekali lagi before pegi family holiday.Kemudian, cari tempat mkn. Perut dah lapar. Aku teringat satu restoran kat Ground Floor. BBQ Chicken. Dulu mmg ada terasa nak mencuba tp masa tu entah la, tak cuba pulak. BBQ Chicken is one of my clients walaupun bkn outlet nie yg jd my client. Tak kesah la. Aku nak cuba gak.
Friday, October 23, 2009
Appreciation to YOU; my dearest hubby
Labels: Family, Memories, Thoughts
Hmm..
My hubby bukan romantik orangnya. Dia tak pernah belikan bunga, tak suka filem-filem cinta, tak tujukan lagu-lagu cinta.. tak buat apa yg lelaki romantik selalu buat.
Yes, he's not that kind of person.
But it doesn't matter because I don't like all that things either. Ok, I used to get dozens of love cards.. you know like card from Hallmark with a very nice love poem inside. Uhuks, that was a long time ago.. I was so young.. we were so young.
I was very patient.. and I couldn't wait for a puzzle to be completed. Then, I burned the cards, together with my love towards the sender. From that moment, I took a new journey with this man.
That man is my husband.
He's not perfect. What the hell, I'm not perfect!
He's 40. I'm 27. Some people say I'm crazy for marrying him. Owh, I don't care. Will you marry me just to 'save' me from marrying a man who is 13 years older than me? You don't have to answer that question because I already knew the answer. And even if you say 'YES', I won't.
Age is not a big problem. 13 years older is good. He's mature and patient. Very patient to live with his so garang wife.. hehehe.. sorry dear.
Last Tuesday, I went to sleep early. 30 minutes later.. or maybe an hour later.. damn, the truth is I didn't look at the watch when my hubby woke me up and sang me a Happy Birthday song. I thought it was in my dream. Then, he gave me my birthday present. I opened my eyes and said, "Birthday Liza esok la. Knp nyanyi awal sgt?". Oh, you jackass.. entah-entah dah midnite!
I don't need a dozens of flowers, an expensive necklace, a trip to overseas, a silver Lamborghini Gallardo.. to make me happy. Oh, please scratch that Lamborghini Gallardo. All I need is a perfect gift. A gift that you put all your thoughts in it. A gift that shows that you know what I like, what I want and who I am.
I thank you for that.
Thursday, October 22, 2009
Udang Tempoyak Daun Kunyit

Memasak juadah utk keluarga bukanlah satu perkara yg mudah. Memasak tu mmg la senang tapi kalau dah kena memasak tiap-tiap hari, kadang-kadang buntu juga bila kena fikirkan menu utk hari itu.
Wednesday, October 21, 2009
Enjoy the sweetness of knowing that to your child, you're number one.
Labels: Batrisyia, Batrisyia's Development, Parenting, Thoughts
Masa kecil, dia tak la mcm nie sgt. Cuma bila dah mula masuk fasa 'separation anxiety', mmg mencabar sikit bila nak handle dia. Pantang tak nampak kitorang, dia akan mula menangis sambil cari kitorang merata tempat. Bila org lain dukung dia, dia menangis kuat. Pendek kata, dia mmg taknak kat orang.

Batrisyia ni bkn taknak kat orang. Dia taknak kat org yg dia tak kenal. Bagus la kan. Tak la senang anak aku nak kena culik. Kalau dia hilang kat Tesco pun, aku boleh cari dia sbb jeritan dia dah cukup kuat (Ni pernah terjadi. Aku tak jumpa husband dgn anak aku kat dlm Tesco tp aku berjaya cari diorg sbb anak aku tegur semua org dan semua benda dan membebel dgn kuatnya).
Dgn tokwan dan nekwan dia pun dia taknak. Setakat senyum-senyum, main cak-cak tu boleh la. Tapi bila nak dukung, dia lari. Dia ambil masa 3-4 hari utk duduk dgn parents aku sebelum betul-betul ngam nak main bersama dgn tokwan nekwan dia.

Bila dia dah ngam dgn org, baru la dia tak kesah nak main.. nak kena tinggal. Sgt comel bila tgk reaksi dia nampak kitorang lps kena tinggal seketika. Muka mcm lega gila sambil nak marah.
Utk yg malas nak gi baca kat Baby Center, aku copy paste kat sini. For more info, do visit the link above.
Do all babies experience separation anxiety?
Yes, to a degree. At certain stages, most babies or toddlers will show true anxiety and be upset at the prospect — or reality — of being separated from a parent. If you think about separation anxiety in evolutionary terms, it makes sense: A defenseless baby would naturally get upset at being separated from the person who protects and cares for him. In many ways, attitudes about babies and separations are cultural. Western countries tend to stress autonomy from a very early age. But in many other cultures, infants are rarely separated from their mother in the first year of life.Regardless of the origins of this normal developmental stage, it's frustrating for babies and parents. The good news is that separation anxiety will pass and there are ways to make it more manageable. And in the meantime, enjoy the sweetness of knowing that to your child, you're number one.
When does it most commonly occur?
Babies can show signs of separation anxiety as early as 6 or 7 months, but the crisis age for most babies is between 12 to 18 months. Most commonly, separation anxiety strikes when you or your spouse leaves your child to go to work or run an errand. Babies can also experience separation anxiety at night, safely tucked in their cribs with Mom and Dad in the next room.
How can I help my baby through it?
Several options are available to parents:
Option I
Minimize separations as much as possible and take your baby along if he seems to feel anxious. With this option, you're basically waiting for your baby to outgrow this stage.
Option II
If you have to leave your baby — for example, to return to work — try leaving him with people who are familiar, like his father, grandmother, or aunt. Your baby may still protest, but he might adjust more easily to your absence when surrounded by well-known faces.
Option III
If you need to leave your child with someone he doesn't know, give him a chance to get to know his caregiver while you're still around.
Sekadar nak tanya pendapat korang, apa yg perlu aku buat? I mean, org kata aku manjakan anak sgt sbb x suka biarkan dia menangis sorang-sorang. Sometimes, that comment hurts my feeling. Mcm aku ni over pulak. Bkn la anak aku baru nangis, aku terus angkat. Kalau anak dah meraung sampai air mata meleleh-leleh, suara nak pecah, tak perlu angkat ke? Anak korang mengalami separation anxiety tak?
Tuesday, October 20, 2009
Is your child a picky eater?
Labels: Batrisyia, Homemade Baby Food, Parenting
Tapi adakah itu bermaksud aku tak bagi Batrisyia mkn buah?
Mcm Mama Miya pernah ckp, I have to be sneaky with my daughter.. hehehe..
Batrisyia tak mkn mangga tp dia suka Calciyum perisa mangga. Perisa lain dia mcm x berkenan di hati tp kalau bagi perisa mangga, laju je dia nganga mulut. Jadi, dia mkn mangga tp dlm bentuk lain.
Batrisyia tak mkn betik tp umi dia diam-diam letak betik hancur dlm scramble egg dia. Sekali pandang, orang akan ingat aku letak carrot. Hehe.. rasanya tetap umpph! Aku bkn masak betik sekali tau. Apa yg aku buat ialah aku masak scramble egg dulu. Pastu baru kacau rata dgn betik. Takde la khasiat betik tu hilang ketika proses memasak.
Masa dia tak suka pisang dulu, aku letak pisang dlm oat yg dia makan utk breakfast. Dia suka. Tapi skrg dah suka pisang. Hanya perlu kupas kulit dan beri dia mkn. Pisang adalah buah yg paling senang yer puan-puan. Tak perlu basuh. Tak perlu kupas kulit pakai pisau. Paling senang nak bawa pegi travel. Tak payah bwk pun. Beli je kat kedai.
Kalau anak x suka epal, boleh buat jus epal tp tanpa gula. Kena kreatif ye.
Mcm tu juga kalau anak tak mkn sayur. Ko nak dgr ckp anak yg baru umur setahun ke? Kalau dia tak mkn sayur, ko pun taknak bagi sayur lagi? Cuba masukkan sayur dlm sup. Cuba blend and masukkan dlm makanan yg lain.. scramble egg.. cake.. muffin.. pasta. Mcm-mcm boleh buat.
Mcm mana dgn anak yg taknak mkn ayam/ikan? Potong kecil-kecil dan gaul dgn nasi ke. Cuba suap.
Kena usaha. Jgn dgr ckp selera anak yg baru umur setahun.
Mama Miya ada bg tips kat aku. Sediakan mcm2 jenis finger foods dan letak kat meja. Anak bila tgh main, nnt dia akan ambil sendiri dan mkn.. dan mkn.. dan mkn. Tanpa sedar, amaun yg dia mkn tu lg banyak dr amaun yg dia akan mkn bila kita suapkan.
Mcm tu yg aku buat dgn Batrisyia. Time dia khusyuk main, kitorang bg dia finger foods dan makanan-makanan ringan mcm calciyum dan cheestik. Bila nak mkn berat, aku lagi suka dia mkn time kitorang mkn kerana selera dia akan naik mendadak bila tgk org lain mkn. Tup tup je dia pun sibuk nak mkn. That’s a bonus! Tak perlu nak paksa dia nganga mulut.
Anak korang picky eater tak? Kalau ya, apa yg korang buat utk make sure zat pemakanan dia seimbang? Maybe boleh share agar jadi panduan utk other mommies. Kot-kot ada recipe ke, boleh gak share.
*Psst.. aku nak masak tom yam malam nie. Tom yam mesti la ada baby corn kan? Tp hubby tak mkn baby corn. Do I have to be sneaky with him? Hehehe..
Monday, October 19, 2009
Berapakah jumlah anak yg ideal utk keluarga anda?
Ok, aku bkn nak bincang ttg cara-cara korang buat family planning.. no.. no..no.
Apa yg aku nak bincangkan ialah BERAPA ORANG ANAK YG KORANG NAK?
Soalan ni maybe dah ditanya masa zaman bercinta ke, zaman baru berkenalan ke (ni sah giler straight forward kalau baru je kenal terus tanya soalah nie), lepas nikah ke.. x kesah la kan.
Mesti ada tanya punya la.. walaupun sekali.. dan mungkin berkali-kali sbb nakkan confirmation jawapan yg keluar dr mulut pihak lagi satu (kalau pihak lagi satu ckp "Nak 12 anak".. gerenti korang akan sentiasa check samada hajat tu betul-betul nak ditunaikan atau sekadar gurauan aje).
Aku dtg dari family yg sederhana besar. 5 org adik beradik. My hubby pun 5 org adik beradik. Belah mak aku, 8 org adik beradik. Belah ayah pulak, 12 org adik beradik. Selalunya, ada 5 org anak tu dikira standard SIZE la utk sebuah family.
At first, aku pun rasa 5 orang tu kira ok la kan.. nak 4 pun dah kira ok. But setelah difikirkan, aku nak 2-3 aje, sesuai dgn usia hubby. Ko bayangkan je la eh.. Bila Batrisyia umur 20 tahun, hubby ku umurnya 60 tahun. Daku pula baru 47 tahun. Tu baru anak first. Katakanlah second child lahir pada tahun 2011, masa umur dia 20 tahun, abinya berumur 62 tahun. Aku pulak, 49 tahun. See.. see.. jauhnya beza kan?
I did mentioned about this age thingy.. tp dia tak heran pun. Aku sorang je yg heran. Dia masih nak anak yg ramai.
Last weekend, aku saja borak-borak pasal second child.
Me: Anak kedua nnt, nak pantang kat sini je la. Kat rumah sendiri.
Hubby: Sini?
Me: Ye la, bkn susah pun.
Hubby: Habis la abang. Tiap-tiap hari mkn bubur dgn ikan bilis.
Me: Hah? Apsal nak kena mkn camtu lak? Masak mcm biasa je la.
Hubby: Urm..
Me: Skrg nie, ramai org dah pantang sendiri bila masuk anak kedua tau. Bkn susah pun. Abang tolong sikit-sikit je. Pagi-pagi, tlg masakkan air. Nanti Liza mandikan baby sendiri. Tgh hari, Liza leh mkn ikan goreng dgn sayur sawi je (Tiba2 air liur meleleh bila teringat kat lauk pantang.. ape kes?). Ptg baru la masak utk abang.
Hubby:.... (senyap weih)
Me: Batrisyia anta la gi nursery. Malam, kita jaga diorg sama-sama. Takyah la abang nak blk Sban tiap2 minggu.
Hubby: Susah la. Nanati Batrisyia nangis dlm keta, nak sumbat apa?
Me: Ala, time tu dia dah besar. Dah tak menyusu lagi. Kalau dia menyusu pun, bagi la dlm botol.
(dan dia mula bayangkan dlm kepala dia kot. Aku pun lagi la nyakat)
Me: Ni la nak rasa jaga anak sama-sama. Sama-sama layan dia nangis malam-malam. Sama-sama tak tido. Dulu abang rasa time weekend je. Gerenti kurus.
(Believe it or not, lepas seminggu dia teman aku berpantang, ramai kata dia dah kurus sbb x cukup rehat)
Hubby: Ishh, kalau camtu takyah la beranak lagi.
Me: Hehe.. apsal lak?
Hubby: Nanti abang nak kena basuh baju.
SEE... drpd sibuk nak anak ramai.. terus pendamkan hasrat semata-mata taknak basuh baju. Kelakar la dia ni tau!
Ok, let's get serious.
Berapakah jumlah anak yg ideal utk keluarga korang?
Bila ia mula berbunga
Hari Sabtu dihabiskan dgn mengemas rumah dari dapur sampai la ke laman rumah. Best duduk kat kampung sbb cuacanya tak terlalu panas. Lagi best bila rumah dikelilingi dgn pokok-pokok yg merimbun. Buah mangga dah masak tapi belum ada masa nak menapak ke laman depan utk ambil. Selalu jenguk nak keluar dr kawasan rumah je. Pokok buah delima di laman rumah dah mula berbuah dan mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna oren yg cantik. Kalau betul-betul kembang, lagi la cantik.
Pomegranate flowersPokok limau nipis pun tak mau kalah. Byk sgt buah yg keluar, menunggu masa utk dipetik. Ada buah yg dah jatuh ke tanah. Masih belum berkesempatan nak petik sbb hujan turun dgn lebatnya sejak 2 hari lepas.
Pokok betik dan pisang? Ah, lupakan je. Buah-buahnya dah habis dikebas monyet! Aku tak tau pulak monyet makan jantung pisang. Ke desperate sgt nak mkn jantung pisang masak lemak? Hihihi.. sila gelak sendiri!
Friday, October 16, 2009
Raindrops
I love yesterday. It was raining heavily. I took these photos while waiting for my hubby.

Thursday, October 15, 2009
Helping Umi with house chores
Labels: Batrisyia, Breastfeeding
Hubby tak faham kenapa aku anggap benda tu perkara besar. Bila aku terjerit (see, terjerit sbb terkejut bila kena gigit), dia pelik kenapa aku mesti jerit, knp mesti berair mata.
Gigi susu tang bahagian gigi taring dia dah mula nak keluar setelah sebulan muncul. I mean, mula nak turun membentuk 2 batang gigi. Ah, korang faham ke x apa yg aku cuba nak ckp nie?
Masa 2 gigi ni nak keluar, Batrisyia rasa x selesa. Merengek.. menangis.. berguling guling.. bgn pukul 4 pagi dan nangis (dan hanya senyap bila kitorang dukung dan bawa dia jln satu living hall).. taknak mkn.. taknak minum susu.. kalau try nak minum susu, dia gigit..
Hanya org yg pernah rasa je akan paham sakit ke tak bila budak gigit time menyusu.
Ada org bg petua, tutup hidung baby tu la, lempang manja pipi baby la.. Hmm, I won’t do that.
For me, it’s a part of my breastfeeding journey.
Alhamdulillah, skrg sudah mula mau mkn dan minum susu kembali.
Oh, aku masih ada masa setahun utk berusaha menyusukan Batrisyia. Mmg la tak wajib utk menyusukan anak hingga berumur 2 tahun tp itulah matlamat aku. Semoga susu aku masih byk hingga dia berumur 2 tahun.
Acik poyo ke? Tak kesah la kan.
Semenjak Batrisyia cecah umur setahun nie, corak pemakanan dia pun mula berubah sedikit demi sedikit.
- Dah boleh bagi whole egg, madu, fresh milk dan peanut. Call me over-protected (orang lain bg anak mkn benda2 tu awal2, xde pape pun.. ok je anak dia.. ko yg lebih2). I don’t care.
- Dia sukakan biskut dan roti sebagai snek.
- Apa saja yg kitorang mkn, dia nak cuba.
- Tak perlu nak lecek nasi lagi selepas reti mengunyah dgn jayanya.
- Dah kurang suka pasta. Lebih suka nasi.
- Boleh mkn sndr kalau benda tu pejal dan keras tp kalau bg buah ke, kurma ke, pendek kata benda2 yg agak lembik, dia buang aje.
- Orang keliling ada yg bg Double Decker snek.. ada yg bg rasa coklat.. layan je aa weih. Asalkan tak bg byk. Halalkan je la bg Batrisyia merasa.
- First time mkn ice cream, muka dia terkejut sbb sejuk tp lepas tu dia jerit nak lagi. Maybe sbb time tu gusi dia pun swollen sbb nak tumbuh gigi. Bila mkn benda sejuk, dia rasa nikmat sgt. Mungkin la kot. Tapi tu je la sekali dia mkn ice cream.
Sejak gigi dah 6 batang, semua benda dia nak gigit.
Sleep pattern pun mula berubah. Skrg, dia hanya minum susu sekali dua ketika tidur. Tu pun sekejap je. Lena dia tidur. Lasak jugak la.
Masih belum boleh berjalan. Setakat 2-3 langkah tu, tak diambil kira. Dia kena berjalan lebih sepuluh langkah, baru la aku nak kecoh yg dia boleh berjalan. Hahaha.. Masih jalani intensive training dgn abi dia tiap-tiap malam.
Dah reti menolong aku 'lipat' baju.
Monday, October 12, 2009
Sambal Belacan dlm botol keluaran G-Tra
Sapa dgr Sinar FM, mesti pernah dgr satu iklan ttg perencah kerabu dan belacan dlm botol. Iklan tu tgh famous skrg nie.
Yes, now korang boleh dpt sambal belacan dlm botol. Jadi pada mereka yg berada di perantauan, boleh la beli byk-byk dan buat stok kot-kot tiba-tiba rasa nak mkn belacan. Hehehe..
Mak aku yg perkenalkan belacan dari G-Tra ni. Katanya, ada org dtg ke sekolah dan buat promotion kat cikgu-cikgu sekolah tu. Orang tu kata, boleh buat perencah utk masak nasi goreng. Mak aku saja je beli sebotol. Kitorang ni pun rasa dan berkenan di tekak masing-masing. Sejak dari hari tu, mmg mesti ada sebotol sambal belacan ready made dlm peti ais. Bila dah hampir habis, cepat-cepat sms mak aku minta belikan lagi sebotol.
Korang boleh pilih samada nak buat sambal belacan from scratch atau nak buka penutup botol je. Haha, giler pemalas aku ni eh! Kami hidup berdua. Dlm tiga org kat rumah tu, hanya 2 org saja dibenarkan mkn belacan. Lagi pun, bkn boleh mkn belacan tiap-tiap hari kan? Ditambah pula dgn kerja-kerja rumahtangga yg jauh lebih penting drpd membuat sambal belacan from scratch, maka beli yg dlm botol aje la. Walaupun dlm botol tp sedap sungguh! Nak lg sedap? Perah je asam limau. Meleleh air liur!
Bunyinya mcm aku selalu mkn sambal belacan. Yes and no. Yes, aku suka sambal belacan. But no, botol tu cepat habis bkn sbb aku selalu mkn.
Orang yg jual tu ckp, leh buat perencah nasi goreng. Mak aku x penah cuba tp aku beranikan diri cuba. Utk semangkuk nasi 2 org yg tak terlalu kebulur mkn, aku hanya perlukan dlm 5 ulas bawang kecil, ikan bilis goreng, kentang potong dadu kecil2 dan digoreng dan 2 sudu besar sambal belacan G-tra. Tumis bawang, masukkan sambal belacan, kacau kejap, masukkan nasi, ikan bilis dan kentang. Kacau rata. Rasa sikit. Kalau ok, xyah letak garam. Kalau tawar, tabur garam sikit aje n leh letak sambal belacan lg kalau nak pedas sgt. Siap! 5 minit dah siap. Gerenti sedap. (Abang, sedap kan Liza masak? Agaknya sedap la kan sbb abang mkn bertambah)
Jadi kalau aku kata aku masak Nasi Goreng Belacan tu, tak perlu la imagine aku bersungguh-sungguh buat mcm kat kedai.
Nak cuba tp tak tau kat mane nak beli? Aku pun taktau nak beli kat mana. Selalu order kat mak aku je sbb org tu selalu dtg jual kat sek dia. Kalau nak, aku boleh la tlg.
Ennjellika Nonus
Poster ni dibuat khas utk Nonus dan Johanna yg telah mendapat cahaya mata pertama mereka pada bulan lepas. Biar la hadiah kami lain dr yg lain.

Rasanya poster ni belum di publish kat sana tp aku dah publish kat sini dulu. Promote nie, kak Lisha! Ni free promotion tau. Takde dpt apa-apa diskaun pun. Cuma aku mmg ikhlas nak share dgn korang ttg servis nie.
Adakah korang rasa nama baby ni agak unik? Atau nama ayahnya sahaja sudah cukup unik? Ayahnya berasal dari Indonesia (kata hubby, orgnya mcm boyband dr Indonesia.. berambut panjang.. smart2 gitu). Ennjellika bermaksud angel. Ok Liz, kalau ko tak bgtau pun, org boleh agak. Hahaha.. ejaannya tertulis begitu mungkin kerana org Indonesia mmg reti buat ejaan yg unik?
Friday, October 09, 2009
Calcium for my daughter
Labels: Batrisyia, Foods and Recipes, Homemade Baby Food, Products
Hubby ajak mkn kat KFC. Sementara tunggu dia beratur, aku layan Batrisyia yg dah tak reti nak duduk diam kat high chair. Jenuh aku ckp "Sit down". Kejap je duduk. Pastu dia mula berdiri balik. Kaki sampai terjulur kat blkg high chair.. ala-ala menari ballet gitu.
Tak boleh jadi nie.. penat aku. Makanan pulak tak sampai lagi. Kalau tak, leh suapkan dia mkn. So aku keluarkan Cheestik by Kraft dan cuba beri dia. Ni pertama kali nak bg dia cuba Cheestik.
Utk kanak-kanak yg berumur setahun ke atas, kita sudah boleh memberi mereka makan makanan seperti roti, biskut, kek dan sebagainya. Tapi sekadar utk merasa, bkn hingga mengenyangkan. Atas nasihat doktor yg prihatin, aku mengikut cadangan dia dgn memberi pelbagai makanan yg berkalsium utk Batrisyia. Cara paling senang ialah dgn memberi dia mkn cheese dan susu.
Bekal Batrisyia utk hari nie:
Thursday, October 08, 2009
Learn to talk
Labels: Batrisyia, Batrisyia's Development
Kami bawa dia ke pasar malam. She was so excited looking at the foods.Sampai di rumah, dia mula buat muka kelaparan bila tgk abi dia mkn kuih. Menjerit-jerit nak minta sikit tp hubby tak bagi. Hubby bg dia Hazel Cheese Cake sikit. Lepas tu hubby bg dia biskut. Dpt biskut, dia terus duduk diam-diam kat high chair. Khusyuk! Dpt la hubby mandi dan solat sementara aku masakkan Nasi Goreng Planta utk Batrisyia, Nasi Goreng Belacan utk kami, nuggets, leher ayam goreng rangup (hubby nak) dan potong buah tembikai utk pencuci mulut. By 8pm, dinner was served.
Kali ni, Batrisyia ambil masa utk kunyah makanan dia. Sampai setengah pinggan, dia mula slow down. Tersandar kat high chair. Tapi bila suap, mulut nganga lagi. Tapi lebih kurang tinggal suku je nasi dr portion asal, dia taknak lagi. Mulut tak nganga. Mmg tersandar ala-ala perut nak meletup. Comel je buat muka kekenyangan sambil geleng-geleng kepala.
Lepas tu dia dah tak larat. Nak main blocks pun dah tak larat. Instead, dia joined abi dia tgk Alient vs Monster. I took my own sweet time basuh baju dan mandi. 30 minutes later, I joined them at the living room. Sekejap je, Batrisyia ajak masuk tido. Sekejap je layan dia, dia dah tido.
Batrisyia dah mula mengikut apa yg org ckp. Dia dah mula simpan vocab dlm otak. Kdg2, terpacul beberapa perkataan dr mulut dia. Tapi kdg2, kita suruh dia sebut pun, dia takmo sebut. Di masa dan tempat tertentu je dia akan ckp.
A few words yg dia tau/kami pernah dgr ialah:
Nak ~ Nak
Ci ~ Cuci
Tet ~ Cat
Atek ~ Cantik
Dah ~ Dah
Aby ~ Baby
Ish ~ Danish (sepupu dia)
Sometimes, leh dgr dia humming lagu yg aku pernah dgrkan. Tp ni tak selalu.
Dia juga dah pandai nak tunjuk jari telunjuk kat org ala-ala nak ckp "Aaa.. aaa.. tak tau.. ".
Now, tgh belajar nak buat flying kiss. So far, bunyi kiss je yg lebih.
Kalau tanya dia, "Mana mata?", dia akan kecikkan dan kelip-kelipkan mata.
Best kan ada anak? Kalau boleh semua cerita psl dia aku nak blog. Hahaha.
Wait till you have yours. You'll understand what I mean.
Wednesday, October 07, 2009
What's for her lunch box?
Labels: Batrisyia, Batrisyia's Development, Parenting, Thoughts
Aku mmg akan nervous setiap kali Batrisyia hadir ke appoinment. Tapi mcm dah biasa dgr nurse komplen psl berat badan dia.
Semalam, aku dah agak benda yg sama akan ditegur. A month ago, Batrisyia kena demam panas selama 4 hari. Berat dia turun hingga ke 6.1kg! Semalam, berat dia hanya mencecah 6.7kg. Setahun tu beb! Tapi peningkatan sebanyak 600g sejak sebulan yg lepas. I think that is not bad at all.
Sorang nurse yg senior tu tanya beberapa soalan. Dia tak risau pun akan berat badan Batrisyia. Dia cuma tanya utk evaluate samada betul ke Batrisyia ni tak cukup mkn. At the end of the session, dia ckp aku tak perlu risau sbb Batrisyia aktif. Cuma perlu cuba utk bg dia lebih byk mkn utk tambahkan berat badan dia secepat mungkin. Nurse ckp, boleh jugak bg dia mkn aiskrim yg mahal2 sbb aiskrim mahal tu kaya dgn kalsium! Hehe.. aku gelak je. Dlm hati, "Biar betul nurse nie". Tp dia serious la weih. Nurse pun taktau nak suggest aku bg anak aku mkn apa lagi sbb semua benda yg dia nak sarankan (such as yogurt, cheese, egg) anak aku mmg dah mkn.
I was thinking about Pediasure Complete. PC ni bkn jenis susu formula yg mcm org lain bagi yer. Ia merupakan sejenis makanan pelengkap. Hanya boleh diberikan maksimum 2 kali sehari. Utk info, boleh click link di atas. Aku ada baca good reviews dr other mommies ttg PC. Tak tau nak cuba atau tak.
The thing is Batrisyia ni bkn picky eater. Minah tu suka mkn dan dia mkn banyak. Susu pun masih diminum seperti biasa. Cuma dia lasak. Atas sbb2 nie hubby tak bg approval utk cuba PC (di mana aku juga lega sbb dia tak approve.. hahaha). Skrg ni dia pulak pong pang pong pang psl susu ibu. Jadi aku menurut perintah ketua keluarga.
Aku sudah ckp dgn cikgu Batrisyia di taska. Dia sgt berbesar hati utk tolong suapkan Batrisyia mcm2 jenis makanan yg aku akan bekalkan selepas nie. Alhamdulillah...
Kalau korang kat tempat aku, apa akan korang buat. Aku perlukan feedback dr korang semua terutamanya dari ibu-ibu yg pernah menghadapi masalah yg serupa. Elok rasanya kalau kita berkongsi pengalaman.
Meanwhile, umi ni akan mula bekalkan makanan sampingan ke taska. I sudah beli lunch box warna pink tau. Semangat gitu! Haih, kecik-kecik dah ada lunch box sendiri. Nama je lunch box tp tak tau nak letak apa. For lunch, mmg tak perlu bg apa sbb nursery dah siapkan makanan utk dia. Aku hanya perlu prepare apa-apa yg nak diberi sebagai snek dan minum petang. Wah, minum petang? Bunyi mcm serius je.
Tuesday, October 06, 2009
Personalized birth poster by Lisha
After exchanging emails, she sent me 2 drafts. Hubby picked Option 1. However, I choosed to proceed with Option 2 because it is quite different than other poster that she made before.
Here is the final product!

I LOVE IT! I can't wait to hang it on our wall.
Monday, October 05, 2009
Tak tahu pulak bila Batrisyia dah berumur setahun, dia terus nak ada boyfriend!
Labels: Batrisyia, Batrisyia's Development
Wah, Batrisyia dah officially berumur setahun! Tak boleh panggil baby lagi. Skrg, dia dah boleh buat mcm2. Cuma masih belum berjalan je lagi. Suka cruising je. Tak kesah la. Biar la nak ikut suka dia pilih masa yg sesuai utk berjalan sendiri.
Dia suka naik motor. Kalau ada motor lalu sebelah dia, mesti dia nak tegur. Aku rasa ramai yg confuse dgn anak aku bila dia dgn mesranya menjerit dgn penunggang motosikal. Nasib baik la hubby tinggalkan motor kat Cheras. Kalau tak, mau tiap-tiap petang kena bwk Batrisyia jln2 naik motor keliling rumah.
Memandangkan umur Batrisyia dah setahun, maka dia buat keputusan utk memperkenalkan boyfriend dia.
Let me introduce you to Darwisy.
He has a chinese look.
He has dimples!
He is a tough boy. Ececece
He is always be with her.. wah, ni kriteria yg paling penting okay!
Mari layan gambar mereka.











