Alhamdulillah, Batrisyia dah kurang merengek ketika jaga tapi dia selalu mengigau di waktu tidur. 3 hari lps, masa kitorang layan Confession of a Shopaholic, terdengar suara Batrisyia dari dlm bilik. Dia bercakap seorang diri. Lama jugak. Nak gelak pun ada. Masa kat dlm bilik, dia boleh bgn sekejap, buka mata dan sebut “Cak” sambil sengetkan kepala, dia pandang aku lepas tu terus tidur balik. Sah minah tu mengigau.
Tapi badan dia dedau je. Kdg2 mcm panas sgt. Kalau panas sgt dan dia nampak tak selesa, baru la kitorang bagi paracetamol. Oleh kerana dia sakit sbb gigi nak tumbuh, dia tak la meragam bila nak bg ubat. Dia nganga je.
Aku ingatkan nak mulakan kembali satu projek yg aku pernah buat beberapa tahun lepas. Dah duduk rumah sendiri kan so boleh la mulakan kembali benda tu. Projek apa? Hehe.. tunggu. Dah siap nanti aku akan umumkan. Insya Allah jika semuanya berjalan lancar.
Minggu nie buat dinner yg simple-simple aje. So layan je la lauk masa hujung minggu lepas.
Sweet and Sour Prawn
Bahan-bahannya:
500g udang besar
1 sudu besar serbuk kunyit
1 suku kecil garam
Minyak untuk menggoreng
* Gaulkan udang dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng. Angkat dan ketepikan.
5 ulas bawang merah ~ dimayang
3 ulas bawang putih ~ dimayang
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah ~ dipotong nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato ~ dibelah 6
Daun sup dan daun bawang
Garam dan gula
Cara memasak:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tomato, sos cili dan air.
3. Masukkan cili potong, tomato dan sedikit gula.
4. Masukkan udang apabila kuah sudah pekat. Gaul rata.
5. Angkat dan hiaskan dengan daun sup dan daun bawang


0 scribble(s) on "Sweet and Sour Prawn"
Post a Comment