Thursday, April 29, 2010

Mencari helah


Pagi tadi..

5.45am - Terjaga dari tidur. Owh, awal lagi. Hubby pun terjaga tapi dia tidur balik. Orang tu cuti la katakan.

6.00am - Dah jadi rutin bgn pukul 6 pagi. Kejut hubby tapi dia taknak bgn jugak. Selalunya dia yg mandi dulu. Hari ni dia nak tidur pulak. Aku? Adoi, malasnya. Tido kejap la.

6.15am - Ok.. ok.. bgn la. Yer la, I mandi dulu. Masa bgn, Batrisyia pun terbgn tp abi dia berjaya buat dia tidur balik (kot). Mandi dengan gembiranya (haruskah ditekankan perkataan gembira itu? mesti la sbb anak tak cari susu)

6.30am - Bersiap utk solat Subuh. Terdengar suara halus cik adik manis di bilik sebelah. Oh, dia dah bgn rupanya. Takpe, bg chance abi dia jaga kejap.

Masa ni dgr la Batrisyia merengek ajak keluar. Dgr dia bergolek-golek atas katil. Dah terbayang dlm kepala yg mesti minah nie bergolek-golek atas badan abi dia juga. Silap-silap abi dia kena tepuk sebab pura-pura tidur.

Lepas habis solat, dgr suara dia makin kuat. Sah dia tak puas hati sbb abi dia tak berganjak. Last-last..

Batrisyia: Aaa... susu... susu... susu... susu... susu...
Abi: Tido la...
Batrisyia: Nanak... susu... susu.. susu...

Tak tau brp byk "susu" dia sebut. Akhirnya, abi dia gave up dan bawa dia keluar dari bilik.

She saw me and smiled.

Umi: Nak susu ke?

Batrisyia sengih je sambil geleng kepala!

Sah abi dia kena auta dgn anak sendiri. Pandai cari helah nak keluar dari bilik.

Daddy girl yg asyik dpt hadiah dari abi dia.
Ni yg umi jealous ni!


Motif ko nak jealous dgn anak sendiri?

7 scribble(s) on "Mencari helah"

Ely Hasrul on 9:08 AM said...

hahaha pandai sunggu batrisya.. ade idea dia buat helah..

p/s - aku ckp kat papi.. aku ade perasaan kalu aku pegnen aku akan dpt anak laki jugak sbb kalu anak pompan kang aku jeles.. competition.. hahahaha

Liz Rohaizat on 9:28 AM said...

ely> minah ni mmg panjang akal sikit. maybe sbb nama dia BATRISYIA. hahah, sila cari maksud ye.

hahah, usaha la dptkan anak lelaki. maybe boleh rujuk CHINESE BIRTH TABLE. setakat nie aku tgk, semuanya menjadi. kuasa Allah jugak kan?

ezan on 9:40 AM said...

wah sgt pandaila batrisyia ni.... auntie ezan pun boleh tertipu camni tau.. :)

MarDiah on 12:09 PM said...

helah paling berkesan untuk berkepit dgn mak dia.. tu helah Aiman.. helah nak attention masa nyusu, menggigit.. bila kite tengok dia, dia sengih kat kite... hadoi... geram... rasa nak cium2...

Liz Rohaizat on 12:31 PM said...

ezan> harapnya pandai bertempat la.

mardiah> betul3. dia saja je tu

sya_firwan on 2:04 AM said...

hehehe..pandai ek batrisyia..

Liz Rohaizat on 8:24 AM said...

sya> sya lagi la.. mesti dah tgk mcm2 ragam anak kan?

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Header by Jiji