Masa kami sampai, masih belum ramai tetamu yg hadir. Ballroom agak lengang la jugak. Sempat la aku ambil beberapa gambar yg gerenti org lain tak ambil. Sampaikan sorang pekerja tanya aku, "Akak ni reporter ke?". Adoi dik, kalau akak reporter.. akak bwk DSLR tau. Hehehe. Tak main la compact camera nie.
Sepatutnya, semua org kena berpakaian formal. Tapi sempena World Cup nie, tetamu dibenarkan berpakaian informal. Nak ikut tema World Cup pun takpe. At first, kitorang ingat nak pakai jersey je. Tapi sbb tak boleh pakai jeans, tak jadi la plan nak pakai jersey tu.
Sekali kan.. ramai pulak yg pakai jersey.. tp jersey negara South Africa la.
2 thn lepas, majlis dibuat di Nikko Hotel. Tahun lepas, dibuat di rumah High Commissioner. Tahun nie Shangri-La Hotel. Tahun nie, makanan dia tak berapa byk mcm kat Nikko Hotel. So mcm sekejap je mkn, lepas tu tatau nak mkn ape :D
Lepas tu bawak Batrisyia pulak. Lagi la tak boleh mkn byk sbb kena tgk-tgk dia yg sibuk nak tawaf satu ballroom.
Malam tadi, ada persembahan dari pihak pelajar. Best tau kalau dpt tgk sbb lagu-lagu diorg nie jenis rancak. Mmg susah nak tgk persembahan yg berentak perlahan sbb diorg suka menari. Pastu tarian pulak jenis yg energetic. Ternganga org tgk.
Batrisyia was so energetic too. Tak larat nak kejar dia. Kalau korang tgh mkn, suapkan anak mkn.. suddenly dia terus baring and golek-golek sambil gelak-gelak. What will you do? *Pengsan mode*
Masa hubby kat bhgn dessert, dia terserempak dgn seseorang. Dia panggil aku. Ingatkan sapa. Sekali...
Dah tema World Cup, mesti la ada piala nya kan? It's fake cup. Tapi berebut org nak bergambar. Acccording to reliable source, even our PM took photo with this fake cup. Huhuhu. Susah sgt nak minta cup ni dari org, hubby ajak Colonel bergambar sekali. Terus Colonel ambil cup tu. Heheh.
Jom tgk sebahagian kek yg pihak Suruhanjaya Tinggi dapat. Ni cake yg aku minat je la eh.
Ni pulak rasa mcm taknak potong je sbb cantik.
By 10pm, kami beredar sebab Batrisyia pun dah penat. Umi dia pun dah penat sgt dah. Sampai rumah, terus buat kerja yg wajib aje. Lepas tu, semua pengsan.


0 scribble(s) on "South Africa Freedom Day"
Post a Comment