Di situ juga ada kedai jual bubur nasi yg sedap dan berlemak. Kalau dpt satu mangkuk besar tu, Batrisyia sorang boleh habis. Laju je dia mkn.
Usually, hubby akan dukung Batrisyia sebab aku nak bwk mcm-mcm jenis barang. Dlm pada dia dukung, tak sangka pulak dia mengajar Batrisyia. How do I know about this?
Last weekend..
Aku dengan mama tgh masak kat dapur. Batrisyia dtg dapur dan minta dukung sbb nak tgk apa kitorang buat. Masa tu mama tgh potong bawang. Kat tepi tu pulak ada sayur kobis.
Batrisyia: Awang..
Kitorang terdiam, cuba nak fahamkan dia ckp apa. Masa tu tak terfikir nak sebut bawang sbb aku x penah ajar perkataan tu. Sekali lagi dia sebut, "Awang" sambil tunjuk papan pemotong.
Owh, bawang ke?
Then, dia tunjuk kobis sambil sebut "Ayor" aka sayur. Ahaks, time tu juga aku excited. Then, mama ajar dia sebut cili.
Bila cerita kat hubby, hubby buka cerita yg dia ajar Batrisyia tentang bawang, sayur dan buah masa pegi pasar malam baru-baru nie.
Pasar malam memang sesuai dijadikan salah satu tempat utk ajar anak mengenal benda. Sayur, buah, ikan, udang, ayam, nasi, air, keropok, baju, selipar, lampu, pinggan. Mcm-mcm ada kan?
Now, boleh happy dan bangga bila ayat pertama yg dia pandai susun dan sebut ialah:
Umi, nak susu!
Nota: Tidak akan ada sebarang gambar utk entry saya selama 2 minggu ini kerana camera telah dipinjamkan kepada orang lain.
Nota: Tidak akan ada sebarang gambar utk entry saya selama 2 minggu ini kerana camera telah dipinjamkan kepada orang lain.


7 scribble(s) on "Kat pasar malam pun boleh ajar anak"
wah bestnye dah boleh sebut ayat! clever girl ;)
Sokong! In fact, aku pernah baca kat babycenter.com.my yang pasar malam is a great place to teach anak kiter.. cuma, kadang2, risau gaks sbb pasar malam tu penuh dgn umat manusia dari pelbagi kaum.. huhuuh.. with H1N1 virus etc ni, wat aku cuak.. huhuuh
ok...setuju! macam macam ade...
separuh orang, menonong aje seret anak gi pasar malam, mungkin kejar mase, tanak abes mase lelame kat sane.
ade yang ringan mulut, jawab ape yang anak2 tanye, anak2 pun suke tanye itu ini itu ini bile ade respons baik daripada mak ayah ;)
sbnrnya, kat mana2 pun leh ajar anak kan? ade mamat nih, suke lepak dpn umah ni smbil ajar anak dia...antara benda2 yg aku dgr dia ajar: warna/ bilang kereta, ajar say hello kat org yg lalu, & byk lagi la...
*tetibe rasa x sbr nak anak...hohoho
fatih> ye la. mmg best. lagi bertambah murai. dia boleh ckp ayat-ayat pendek je.
yana> oh eh? tak xtau lak pasar mlm mmg tempat yg bagus utk ajar anak. kalau pasar mlm yg byk warga asing, aku takut kot. tp sbb kat hulu langat, org kita je yg penuh.
kak jannah> kitorang pun kejar masa. hehe.. tp sementara saya deal dengan kedai, abi nya mengajar la.
sometimes amazed dgn batrisyia yg boleh relate sesuatu benda. contoh dia nampak api kat kuali. dia akan ckp.. "Api... panas".
wan> betul tu. kat mana2 boleh ajar anak. sebenarnya, tak perlu nak beli buku mahal-mahal sbb alam sekeliling kita penuh dengan alat bantu mengajar.
nak panjat tangga, boleh ajar anak mengira.
nak mkn, boleh ajar anak baca doa mkn.
nak lipat baju, boleh ajar anak kenal warna.
tgk Glee, boleh ajar anak menari.. hehe..
contoh je la kan?
salam kak iz...
saya baru saja baca entry ini...
dan saya berminat nak letak link entry ini dalam blog final projek kami...
harap akak tak marah....
kalau sudi, jenguk2 dan komen lah blog kami ye...
terima kasih ^^
Jom Pusing-Pusing > alamak, malunya!!! akak biasa2 je la.
Post a Comment