Lokasi terletak di Taman Saraya,Cheras. Ia dikenal sebagai Det Station. Betul-betul terletak di tepi jalan dan berhampiran dengan Stesen Minyak Shell. Gerai nie baru buka selama beberapa bulan tapi mmg full house di setiap petang. Nasib la nak dpt meja. Kalau nak jugak mkn, kena la take away.
Dulu kitorang curious jugak sebab tgk ramai je org yg mkn kat situ setiap kali kami balik ke rumah. Jadi singgah la. Mmg sedap! Sejak dari hari tu, kalau dah terdesak malas nak masak, pegi tapau saja di sana.
Selain dari Nasi Lemak, gerai ni ada jual Char Kuew Tiau dan burger. Kalau nak puas hati mkn char kuew tiau, sila order pinggan besar atau Char Kuew Tiau Special. Kalau order pinggan kecik, gerenti tak puas mkn. Utk burger, aku pernah cuba sekali je. Not bad.
Utk pengetahuan, gerai ni dibuka dari 4 petang hingga 3 pagi dan tutup setiap hari Jumaat.
Tempat tu memang selalu penuh. Kalau mkn kuew tiau yg ditapau, rasa tak puas mkn kat rumah sbb tak dpt menikmatinya dengan cili hijau jeruk!
Sudahnya, aku gunakan resipi cili jeruk yg dikongsi oleh kak Lemongrass nun jauh di Perth. Selamat dijeruk pada awal minggu lepas. Sekarang tersimpan dlm balang kaca mayonnaise di dlm peti ais. Mmm.. sedapnya dpt mkn dgn cili jeruk!
CILI JERUK
6-7 batang cili hijau ~ dihiris ikut tebal yg anda suka (aku suka tebal2)
Secawan air
Secawan cuka
1 sudu besar gula
Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dlm periuk. Masak atas api hingga warna cili bertukar.
2. Simpan dlm bekas dan simpan dlm peti sejuk. (Lagi lama, lagi sedap!)


5 scribble(s) on "Cili Jeruk"
tang mana exact location tmpt mkn nih?
hehe.. Tmn Saraya.
pulak, tang mana tmn saraya tu, kekeke
alamak, urm.. camne nak bg direction nie. haa.. ko penah pegi kenduri kahwin Nani-Wan MMU x? kot2 ko penah pegi la kan. dekat la dgn rumah parents Nani.
kalau xtau jugak, urm..
haa, gigih aku tlg carikan map utk ko. kebetulan ada blogger blogged about the same thing dan dia letak map. sila tengok:
http://www.buurps.com/2008/09/det-station-burger-nasi-lemak-ayam-goreng/
tau tau, ckp la area ceras baru tu :P
mekaseyy
Post a Comment