Ok la, cerita sikit la.
ENGAGEMENT OF KHAIRIL & SITI KHADIJAH
Akhirnya 2 insan ni selamat ditunangkan. I’m happy for Kd sebab dia dah melalui byk kisah duka. No offense ye Kd tp aku mmg betul-betul happy sebab akhirnya ko berjumpa Khairil. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Kali ni, aku pulang bersama Batrisyia sahaja dengan menaiki komuter. What a horrible experience eventhough we sat in pink coach! Sebab byk lelaki yg memekakkan telinga dan buat derk je. Muka tak malu masuk pink coach walaupun telah dihalau oleh kami.
Anyway, Kd telah memilih warna purple sebagai warna tema manakala pelamin mini dihiasi dengan hiasan berwarna pink dan purple. Such a sweet combination! Rakan-rakan rapat pula telah sepakat utk memakai baju warna biru. (Supposed to be baby blue tapi semua org dtg dgn warna biru yg berbeza-beza).
Batrisyia pula dipakaikan baju kurung berwarna biru. Ni baju raya eh!! Tapi sebab dia excited masa sesi mencuba dan nampak comel pulak, terus pakai je time pegi rumah Kd. Tak kesah la sebab tu baju raya utk hari kedua.
Tak sempat nak snap byk gambar sebab kena keep an eye on my daughter. Dia berjalan sesuka hati dia. Risau dia turun naik tangga.
Urm, katanya adik beradik angkat Batrisyia dijemput hadir tapi tak pulak nampak. Kalau tak, boleh bergambar dengan mak angkat diorg; Siti Khadijah Adam nie.
WEDDING OF NURUL AMALINA & FAIZAL
Ni pulak wedding jiran depan rumah. Warna tema kali ni, purple jugak. Skrg mmg ramai guna purple kan? Tgh musim. Seperti kenduri-kenduri lain, mereka merewang juga. Alhamdulillah, lauk sedap-sedap belaka. Tuan rumah risau sebab selama ni, pakcik Said jadi ketua tukang masak di kenduri kendara orang lain. Ni bila sampai turn anak sulung dia, dia agak risau sbb org lain yg jadi ketua tukang masak. Hehe..
Layan gambar saja la ye.
(Bapaknya.. knp tak belikan baju saya warna sedondon jugak?)
Batrisyia pernah duduk dlm pouch nie ke?
Umi: Isk, masa tu Batrisyia kecik lagi la. Kenapa boleh ingat?
Tak sabar-sabar nak duduk kat pelamin eh?


2 scribble(s) on "Engagement ceremony of Siti Khadijah and Wedding Ceremony of Nurul Amalina"
banyak tema purple yer..yang mini pelamin tunang tu memang cantik la!
tq liz for the entry. gambar aku nak semua. hahaha.. nnt email kt aku ye. thanx!!
aa thanx jugak bwk kuih apam tu.. :D
Post a Comment