Si anak kucing berbulu oren. Comel tp tinggal di jalanan. Dua-dua nampak comot. Tapi orang yg nampak, mesti akan berhenti dan pandang sambil ckp, "Comelnya!". Sungguh, aku tak tipu!
Kenapa comel? Sebab mak warna putih, anak warna orange. Selalunya seekor mak kucing akan ada banyak anak kucing. Tapi nie anaknya tinggal seekor. Terasa mcm kita dgn anak kita pulak. Paham tak apa yg aku cuba maksudkan?
Orang nampak comel sebab si anak asyik berkepit dengan mak. Mak akan berehat kat lantai, si anak akan menyusu dengan mak puas-puas. Lepas tu dia tidur di sebelah mak dia. Aku suka! Everytime aku nampak, si anak tgh menyusu. Bayangkan mak dia yg byk susu tu, si anak tu seekor yg punya sbb adik beradik lain dah tak panjang nyawa.
Tadi aku nampak lagi. Si mak tgh berlegar-legar. Si anak terbaring. Tidur ke? Dah tak panjang nyawa ke? Aku tgk, mcm takde nafas. Aku cuba dekatkan mata, nak tgk la badan dia turun naik ke tak. Sekali si mak berbulu putih nie datang daa. Mcm nak terkam aku je. Terus cabut!
Kucing pun tau sayang anak!
Tapi mcm mana pulak dengan mak bapak yg buang anak kat tepi jalan masa hujan lebat tempoh hari?
Sah-sah tak sayang anak! Ko ingat anak tu sampah eh?
Orang buang sampah tepi jalan pun aku dah marah. Apatah lagi ko buang bayi. Sampai hati ko!

Tgk.. tgk! Tgk muka anak ko yg ko buang tu. Biar ko rasa berdosa! Ke mmg ko tak rasa kesian langsung. Ye la kot. Kalau ko kesian, mesti ko tak buang anak ko kan?Apa-apa pun, "terima kasih" la. Ko tak sedar, atas dosa membunuh tu, anak ko dah jadi ahli syurga dah! Selamat dah dia selama-lamanya.
Mari panjangkan entry yg Nojj buat nie.
Hubby ckp, org mcm nie takkan aman hidup dia.


8 scribble(s) on "Kerana dosa ibu bapa, si anak masuk syurga!"
mmg dia tak akan aman
betul tu kak!
Memang setan org mcm ni. Kesian sgt aku tgk bb tu. Memang takkan aman selamanya hidup dia.
fiza> thanks to u, aku tau tentang kempen noj nie
apsal ko letak gambar2 tu liz.. T_T
imee> utk menyahut kempen Noj. haha.. biar kalau mak bapak dia ada nmpk, biar sedar diri. kesian kan budak tu
aku rasakan, aku tau perasaan stalker online ko tu liza..sbb bernas2 idea entry ko sampai memberi idea utk aku tulis entry kat blog aku...hahahaha
btw, susah gak nak tngani mslh buang bayi nih. kalau kat sini, single mother diberi bantuan kewangan (child benefit), so xde la susah nak jaga baby bile x bekerja or masih blajar.
tp, bg aku, tindakan ni menggalakkan lagi pregnancy b4 marriage nih, mcm2 masalah lain timbul spt penipuan child benifit (kata single mother, tp ade bf yg menyara), kerajaan habis duit dgn kempen2 birth ctrl, cukai tinggi dan sbginya
sex education pulak diajar sejak umur 8-9thn lagi. kecik2 dah tau mcmne 'proses sex', mcne nak pakai condom etc..
aku ingat lg mesia cdgkn mcm2 usul utk mslh nih...mcm buat umah utk terima anak2 luar nikah nih, bg condom free & sbginya, tp personally, jln penyelesaian tu adalah dgn kembali kpd Islam. Ajar anak hukum hakam Islam. Cegah bukan mengubati...
p/s: comment aku dah jd entry...hahhaa
wan> betul tu wan. sebenarnya semuanya berbalik pd didikan agama. takkan kerajaan nak support birth control pills, child benefit semua tu. nanti gejala sosial tu makin tak terbendung pulak. nauzubillah.
my entries xde la sebernas mana pun.
Post a Comment