Friday, November 12, 2010

Kami bakal berpindah ke sini


Kalau korang berasal dari negeri selain daripada KL dan Selangor, mesti korang akan rasa harga rumah teres kat KL/Selangor ni sgt mahal kan? Kalau mahal tapi rumah yg kita dpt tu besar, takpe la jugak.

Tu pendapat aku. Nak buat camne. Nak hartanah kat KL/Selangor ni mmg mahal. But it's a good investment kalau korang ada duit, why not?

Being me yg berasal dari Seremban di mana rumah-rumah kat sana byk rumah teres dan bungalow dengan harga yg tak sgt mencekik darah, aku rasa rumah kat KL ni mahal la kot. Tak payah tgk jauh, kat Hulu Langat tu cukup la. Rumah yg lebih kecil dari rumah aku kat Seremban tapi harga dia mahal. Masa tu rasa mcm nak beli tapi aku ckp, "Daripada beli rumah ni, baik beli rumah kat Seremban 2". Bkn nak kata aku byk duit. Aku takde duit pun. Tapi harga tu mcm unreasonable dengan keluasan rumah yg ditawarkan.

Orang Seremban mesti tau mcm mana besarnya rumah-rumah kat Seremban 2. Tgk rumah kak Jannah dan kak Aida Samira pun cukup la. Suka tau!

Sbb tak kaya dari segi duit, kami pilih utk beli apartment je. Ckp pasal apartment, aku teringat kata-kata kawan aku; Ismarizal. Dia ckp, "Orang KL nak class aje. Sebut flat la, apartment la, condominium la.. padahal sama je.. semuanya rumah burung merpati". Aku tergelak dgr dia bg komen.

So aku beli apartment dan dijangka siap bulan December 2010. Tapi rasanya tahun depan baru boleh masuk nie. Ni gambar yg kami ambil 2 minggu lepas.


Ada 4 blok 5 tingkat with elevator. Di tgh-tgh ada playground dan badminton court. Kalau tak silap, ada small fountain. Tak ingat la pulak. Semua unit dah siap. Tinggal kawasan apartment je yg belum siap.

Jalan pun dah berturap. Cuma bumbung carpark je belum dibina.

Tingkap di atas ialah tingkap di dapur unit kami. Sudah berangan nak tanam pokok herba dlm pasu kecil utk diletak di tepi tingkap.

Sebahagian ruang di dalam apartment. Cukup besar utk kami bertiga. Kalau nak jadi berempat pun still luas.

4 blok ni merupakan blok terakhir di kawasan tu. Kalau tgk kawasan di blok lain, keadaan nampak terjaga. Kedengarannya, pihak maintenance kat sini agak tegas dlm isu-isu kebersihan dan kawasan bangunan. Lagi bagus kalau tegas sebenarnya. Tak la kawasan tu nanti kotor dan berbau.

This unit akan jadi milik kami sampai ke mati sbb harga mahal. Hahaha.. nasib la. Kalau la one day aku teringin nak beli rumah teres kat Seremban, unit ni nak buat sewa je la kot.

UPDATE: Bakal jiran (Yes, you read that right. My bakal jiran cari bakal jiran melalui Internet. She found me.. canggih tak?) called the developer. Developer ckp, paling awal pun boleh masuk bulan 3, 4, 5, 6.. huhuh... takpe, boleh berangan lama-lama sikit.

25 scribble(s) on "Kami bakal berpindah ke sini"

nieda on 11:11 AM said...

betul tu, kalau ada duit why not buat investment. Sebab harga rumah tak akan merosot. CUma kena bijak memilih lokasi.

Hubby saya masa bujang dah tersalah beli di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Sampai skrg kws tu tak ramai lagi penghuni. Tiap2 bulan terpaksa bayar walaupun xde sape nak duduk situ. Jual pun tak laku. Redha ajelah..

Liz Rohaizat on 11:20 AM said...

nieda> sebab hartanah takkan mengalami 'susut nilai' seperti kereta. tanah, makin lama makin mahal. kereta, makin lama makin murah. betul, kena bijak pilih lokasi.

maisy on 11:37 AM said...

Best2 duk umah baru...yerp sume makin mahal...cita2 nak beli umah corner ntah tercapai ke tidak...kdg2 kesian kat budak2,nak main basikal depan umah pon takleh,penuh ngan car dah..duk main dlm umah je laa...

Diyana Zulkifli on 11:38 AM said...

saya dok utagha.jadiknye,rumah2 di sini..murah la kan.tp, tk beli rumah baru pn,beli rmh yg disewa skrg ni..dah selesa..beli trus ajela.:D

liz,smlm ade tgk telekung kanak2 di blog saya kan?still berminat tak?

ni my emel:nurdiyanazulkifli@yahoo.com


kalau nak tanya ape2,emel la ek.;)

-diyana-

Syida on 11:53 AM said...

Liz, umah ni kat mana?
ada kosong lg ker?

Liz Rohaizat on 12:20 PM said...

maisya> ko gaji besar, insya Allah one day mampu beli corner lot. area depan rumah ko, mmg agak bahaya utk dina main sbb kereta lalu lalang. risau jugak.apa kata sesekali bawak diorg pegi taman tasik sri permaisuri. bwk basikal sekali. dia boleh main kat sana.

diyana> utara murah kan rumah kat sana? rumah kat pantai timur pun murah. rugi tak beli. beli rumah lama atau baru tu x kesah. yg penting, beli. kalau menyewa, agak rugi la jugak.

saya sudah email awak :)

syida> alamak syida, mu lewat la. umah ni kat cheras area. yg pasti, semua unit telah terjual. tapi kalau mu nak sewa, tunggu la aku masuk sana dulu. baru aku leh tlg tgk2 kan.

bumble_bee on 12:47 PM said...

Alhamdulillah kita masih ada wang untuk beli rumah sendiri kan Liz? Tak lama lagi dah boleh masuk rumah baru. Mesti Liz tengah cari idea nak decorate.

Liz Rohaizat on 1:00 PM said...

kak anisa> hikhik. tiap-tiap hari belek katalog ikea kak. rasanya my hubby dah naik bosan kot. ahaks.

Syigim on 2:10 PM said...

congrats pindah rumah br & have fun decorating! :D

suka tingkap dia! suka sgt style tingkap mcm tu, siap ngan batu2 kat dinding tu... :)

Liz Rohaizat on 2:23 PM said...

kak syigim> lambat lagi kak.. uhuks, baru dpt berita.. paling awal pun dlm bulan 4 thn depan kot.

psst.. sebenarnya kan, kitorang x teringat pun yg dpt grill kat tingkap tu. sbb tingkap lain mmg xde grill. tingkap tu je dia bg grill. nak nampak standard sama je dari luar kot

WanYgBest on 2:39 PM said...

wow...cantiknyer...ble ko dah hias2 nnti mesti lg cantik...aku blk kl nnti xtau nak dok mana, jd jiran ko gak bleh? hehehe

kat sini ramai pakat2 beli kereta mahal, merc la, bmw la, tp kwn aku slalu sound aku, "mana nak, dok dlm kereta best atau dok dlm umah best?"

so, simpan duit utk beli rumah yg best sket la... ;p

CiKaYu on 3:15 PM said...

luas juga ye....ada utility area yg boleh bercucuk tanam...bestnye

CiKaYu on 3:17 PM said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Liz Rohaizat on 3:21 PM said...

wan> betul wan. baik ko simpan duit. lagi2 kalau nanti nak beli kat KL. ongkosnya harus banyak!

cik ayu> luas la utk kami bertiga. utility area utk bercucuk tanam tu, rasanya diorg akan tanam pokok bunga. huhu, rasanya kitorang tak boleh bercucuk tanam kat situ. unless pokok diorg mati. akan kujadikan tempat bercucuk tanam daun kesum ke.. haha

Farah on 5:08 PM said...

kat mana yer liz? saya tgh carik rumah apartment yang ade lif jugak.harga below 200k.

Liz Rohaizat on 5:10 PM said...

farah> kat cheras intan. dekat2 dengan area balai polis

Faizah on 10:33 PM said...

ye ye ye ye ye, aku nak p housewarming umah ko

semut-terbersin on 3:35 AM said...

wah bezznye rumah baru! cantik design dia..
bezzkan berangan2 nak deco rumah baru..

Ely Hasrul on 10:25 PM said...

canteknye rumah ko liz!!! xsabo aku hahha over ok aku plak yg xsabo!! pas nih hias cmne? besh besh..

aku sbnrnye cam nyiampah dgn quote 'harga tanah makin naik' sbb naik mcm haram pon bukan senang nk jual blk umah tu haha. ade entry psl rumah aku tertunggak dok diam dlm draft, more to the banker rumah la..


aku agak seram nk tunggu umah aku.. seram nk membayarnye..zzzzz

p/s - ko masuk rumah baru jgn lupe jemput aku dtg ye (ok over skalik lagik)

Liz Rohaizat on 9:59 PM said...

faizah> haha, dtg kenduri doa selamat la eh. tapi lambat lg la.

ila> cantik ke? haha, part berangan tu mmg sgt best tapi lagi best kalau semua yg diangankan tu menjadi kenyataan.

ely> babe, aku rasa rumah ko mesti lagi cantik kan? setakat rumah aku pun, jauh beza kot. hehe.

haha, setuju dengan ko. kalau mcm mana kita beli dgn alasan nanti nak jual balik, bkn senang bila sampai masa nak menjual nanti. psl tu aku dah fikir, kalau la one day dah xnak duduk apartment tu, aku buat sewa je. tp mesti yg jenis ada perjanjian dan buat inspection 3 bulan sekali lagi. baru la rumah tu terjaga sikit.

ye la, buat kenduri doa selamat, harus la ajak ko sbb nak kena tempah makanan dari ko gak :)

*∽ IZAN ∽* on 10:50 PM said...

wahh! nice nice nice!!! tak kisah laa rumah atas tanah ke, atas langit ke, atas tingkat lain kee janji rumah sendiri..!! kalau rumah sendiri bleh deco sesuka hatii..!!

Anyway tahniah dah bertambah aset baru!

Liz Rohaizat on 11:40 PM said...

izan> thanks izan

Liz Rohaizat on 11:41 PM said...

kak Izan> eh, silap. kak izan rupanya. ingat kwn saya ezan, hehe.. sorry kak

ana ayesha on 11:15 PM said...

pandai buat keputusan ~ beli apartment nanti boleh sewakan, pelaburan jangka panjang

flat, apartment & kondo mmg ada perbezaan setiap satu melambangkan status kewangan penghuninya

Liz Rohaizat on 8:23 AM said...

ana> kalau nak pastikan ia boleh dijadikan pelaburan jangka panjang, lokasi pun perlu diambil kira.

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Header by Jiji