Ingatkan nak bawa Batrisyia ke masjid malam tadi. One the way balik dari kerja, kami lalu kawasan masjid tu. Nampak ada tgh buat renovation. Malam tadi pulak, Batrisyia dah tidur awal. Tak bawa la dia. Hubby ckp, masjid agak kurang selesa. Bukan setakat buat renovation di luar tetapi di dalam. Nampaknya, kena cari masjid lain kalau nak bawa Batrisyia.
Alhamdulillah, sempat siap masak sebelum azan Maghrib. Tapi sebab hubby dah kenyang mkn kuih, lauk hanya dijamah semasa sahur. Ayam masak lemak cili api; his request. Petang ni nak masak Korean-Style Pepper Steak. Kuah masak lemak cili padi pun ada sikit. Sedap tu kalau cicah roti!
Kalau nak masak yg susah-susah, mmg rasa tak sempat dan leceh. Jadi, bagaimana caranya utk memudahkan kerja memasak kita di bulan Ramadhan? This is my way. Kalau korang ada cara lain, please share. Boleh juga aku cuba cara korang.
SEDIAKAN BAHAN-BAHAN LEBIH AWAL1) Bahan-bahan basah seperti ikan dan ayam boleh dibeli awal, disiang, dibersihkan, dipotong-potong dan disimpan di bahagian beku peti ais.
Katakanlah korang mcm keluarga aku, kecil saja. Boleh saja beli seekor ayam. Kemudian simpan dlm beberapa bekas. Aku suka simpan dlm beberapa bekas. Kiranya satu bekas utk masak lemak cili api ke, satu bekas lagi utk goreng ke, satu bekas lagi utk masak sambal ke. So bila tiba masa utk defrost ayam tu, tak la kita perlu defrost seekor ayam. Memadai keluarkan satu bekas. Lagipun, bahan basah yg telah dibekukan dan defrost sepatutnya tidak boleh dibekukan semula. Ianya tidak bagus dan boleh merosakkan nutrient yg terkandung dlm makanan.
2) Bahan-bahan seperti bawang kecil, bawang putih, cili api dan cili kering boleh dikisar siap-siap dan disimpan di dalam peti ais.
Sebenarnya, kalau setakat bawang utk masak sayur, aku lebih suka hiris je. Tapi bila nak cepat, nak potong bawang pun boleh ambil masa sbb time tu la cik adik manis sibuk nak main bawang jugak. Halia aku tak kisar sebab bukan nak guna selalu. Mcm cili api dan cili kering, lagi sedap kalau yg kita kisar sendiri berbanding kalau yg instant. Boleh cari yg instant tapi cari la yg jenis org kisar sendiri,bknnya yg kilang keluarkan. Kalau setakat kat Langat nie, mmg senang nak jumpa. Mungkin ada suri rumah di sini yg ambil peluang kisar cili kering tu dan jual ke kedai. Kira fresh la jugak kan? Cuma mungkin ada biji-biji cili yg tak hancur. Kalau nak tau cara senang utk pastikan biji cili hancur ketika dikisar,
rujuk sini.
3) Tak pun, buat mcm Nadia. Dia kata, dia beli bawang yg dah siap kopek. Hehe..
KETEPIKAN EKSPERIMEN DI DAPUR, MASAK LAUK YG RINGKAS DAN MUDAHAs tukang masak di rumah sendiri, kdg-kala kita teringin nak cuba resipi baru kan? Dah namanya resipi baru, mesti la kita nak kena rujuk kertas atau buku resipi. Ahaks, please jgn cuba resipi baru di kala korang terkejar-kejar nak siapkan makanan sebelum azan Maghrib berkumandang. Lain la kalau korang dah sampai rumah seawal 4 petang. Tak pun, buat la di hujung minggu.
Resipi yg sesuai di hari bekerja ialah resipi yg ringkas dan menggunakan bahan yg mudah. Jgn la terfikir nak masak sup tulang yg memerlukan masa yg lama utk daging tu empuk. Tak sesuai. Hehehe..
Jadi, kena pandai cari resipi yg mudah dan ringkas. Tak perlu sampai 4 macam lauk. Memadai satu hidangan utama (ikan, ayam, daging, udang, sotong, ape-ape aje la) dan satu hidangan sayur. Jika nak tambah lauk, mungkin boleh buat sup atau telur dadar.
Nak lagi mudah? Cari ‘one pot meal’. Tu bahasa English. Kalau bahasa Melayu, lebih kurang bermaksud satu lauk yg ada semua. Contoh?
Tom Yam --> Boleh letak ayam/seafood dan sayur-sayuran dlm satu periuk yg sama.
Paprik Campur --> Boleh letak ayam/seafood dan sayur-sayuran dalam satu kuali yg sama.
You get the idea.
Lagi satu jenis lauk yg aku suka ialah
lauk yg memerlukan pemerapan. Kita boleh siapkan bahan mlm tu dan perap. Balik kerja keesokan harinya, dah boleh terus masak.
Lauk lain yg aku suka buat ialah lauk yg cepat dimasak. Bukan Maggi Kari yer. Contoh mcm
Korean-Style Pepper Steak yg aku selalu buat. Hanya perlu hiris semua bahan, gaul rata semuanya. Tunggu dlm 10 minit. Pastu boleh terus masak. Mmg sedap. Bukan puji tapi Weed pun pernah masak lauk ni. Dan-dan tu jugak dia sms aku ckp lauk ni senang dan sedap. Dia tambah mix vege.
Masak yg jenis steam pun sedap kan? Mudah.
SEDIAKAN PENYEDAP MAKANAN.I’m not talking about MSG such as “Pasti Sedap”, “Secukup Rasa” etc. MSG is not good. Please avoid it.
Penyedap makanan yg aku maksudkan ialah sesuatu yg boleh menambahkan selera anda mkn lauk-lauk yg simple.
Contoh la yer.. dlm peti ais aku ada
kimchi, cili jeruk dan air asam. Kimchi boleh dijadikan ulam yg menyihatkan. Cili jeruk boleh standby kot-kot tiba-tiba nak masak mihun sup ke, soto ke, mee goreng ke. Air asam pulak boleh buat cicah ikan goreng. Kalau korang boleh mkn belacan, buat je belacan siap-siap. Tinggal beli ulam. Ulam pun tak perlu nak masak. Cuci bersih je. Pastu cicah dgn sambal belacan dan ngap saje!! Yummy yummy!!
Jgn ingat aku rajin sgt. Cili jeruk tu dah buat lama dah. Mmg ada sebalang. Kimchi pulak buat seminggu lepas kot. Tu pun sebab stok kimchi nak abes. Air asam pulak mmg dah siapkan byk-byk masa buat barbeque baru-baru nie. Kira yg lebih tu, semua org buat bekal ke rumah.
Maksud aku di sini, kalau la tak sempat sgt nak masak, masak sayur dan goreng ikan je. Pastu ikan cicah dengan air asam. Punya la sedap.
MINTA KERJASAMA DARI SUAMIAhaks, part ni paling penting yer especially kalau korang dah ada anak. Semasa kita sibuk kat dapur, anak pun nak join sibuk kat dapur jika diberi peluang. Jadi, minta suami jagakan anak. Suruh la dia bawa anak jalan-jalan kat laman rumah ke, main-main dgn anak ke.. apa saja asalkan anak tak sibuk nak join kita kat dapur.
Korang ada tips lain? Boleh la share. Teringin jugak nak tau.
Nota: Maaf, byk sgt links dari my other blog. Aku tak sempat nak cari other resources. Tgh busy nie.