Ada 3 perkara penting yg berlaku minggu lepas. Agak penting utk aku sbb errr.. teringin nak buat la kot.
First, terima kasih kepada 2 org kesayangan di bawah kerana bangun awal pagi semata-mata utk menemani wife/umi dia yg dah tak boleh tahan nak
main bowling. Kenapa bangun awal pagi? Akan diceritakan di akhir entry.

Last time main bowling, masa tu Batrisyia baru nak umur setahun kalau tak silap. Belum pandai jalan lagi. Bila pergi kali nie, dia punya la excited. Dapat la main 2 games. Score biasa-biasa aje. Takpe la, dah tak selalu main. Kira ok la jugak tu. Terlepas rindu.
Kami habis main pun dah tgh hari. So hubby pergi solat Jumaat di masjid berhampiran. Aku, Batrisyia dan tetamu undangan berjalan-jalan menghabiskan masa di Wangsa Walk. Ramai rupanya lelaki yg tak solat Jumaat. Muka tak bersalah langsung. Kalau dgn kwn-kwn lelaki, tu satu hal. Ni ramai juga yg jalan berkepit dengan girlfriend/wife, muka takde apa. Kalau la laki aku mcm tu, dah lama aku sound. Eh, kalau lelaki camtu.. mmg takkan dibuat suami :)
Lepas hubby solat Jumaat, dia ajak mkn di satu restoran. Sebenarnya, dia tak pernah tau akan kewujudan restoran tu. Nama pun tak pernah dgr. Tapi sbb dia ada wife yg suka mkn, wife dia la yg tahu pasal restoran ni. Kitorang nampak masa on the way ke Wangsa Walk.
Tak tau pulak dia nak mencuba. Jadi bila dia nak cuba, kami on aje.
Kami ke
Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah.
To think back about it, aku ni suka sgt cuba apa-apa jenis makanan. Western food, Italian food, Korean food, Japanese food.. ni Chinese food pulak. Ok, chinese food telah dicuba sejak zaman remaja lagi. Tapi sbb skrg mmg sgt susah nak dptkan yg halal, kira dah lama juga la tak mkn Chinese food.
Dah lama teringin nak ajak hubby cuba mkn di restoran ni tapi sbb jauh dari rumah, rasa mcm tak perlu ajak sbb confirm dia taknak pergi :p
Ada rezeki nak cuba hari Jumaat lepas. Kami hanya mkn dim sum, nasi ayam, nasi goreng, sayur dan butter prawn. Ni sbb nak cuba. Kalau tak, gerenti pesan lauk.
My ultimate review : SEDAP! Hubby pun ckp sedap. Tetamu undangan punya komen tak sempat pulak nak tanya. Yang aku dgr, dia hanya ckp "
Ishh... kenyangnya!". Hahaha..
Lepas pesan makanan, terus sambar dim sum. Lamanya tak mkn dim sum.. yum yum.
Mushroom dim sum, chicken dim sum dan seafood dim sum
Oh, I miss you!
Batrisyia pun suka dim sum!
Nasi Goreng ape ntah. Dah lupa nama. Tapi sedap.
Kalau tak silap, nasi ayam dia RM5. Nasi goreng pula dlm RM5 ke RM6. Nampak mahal dari kedai biasa tapi portion tu besar. Mmg kenyang. Aku siap bagi sikit kat hubby. Tu pun kenyang sgt la. Kami ada tapau Nasi Goreng Cina. Pun sedap.
Kami juga cuba 2 jenis lauk iaitu Butter Prawn dan Baby Kailan Masak Sos Tiram.
Butter Prawn dia lagi murah dan sedap dari Butter Prawn di Istana Bambu. Egg strings pun banyak sgt tapi tetamu undangan kata, telur sedikit masin. Aku tak rasa apa-apa sbb sedap je mkn. Hehehe.. perfecto! Baby Kailan pulak rangup dan sos tu mmg sedap. Sayur tak dimasak hingga layu, mengekalkan vitamin yg terkandung di dalamnya.
Selain dari nasi ayam dan nasi goreng, restoran ini menawarkan pelbagai set mee dan lauk. Boleh rujuk website mereka utk senarai makanan tapi utk senarai penuh, boleh la datang ke restoran ni. Mereka dah ada 4 cawangan iaitu di
Kelana Jaya, Taman Melawati, Wangsa Maju dan Bangi.
Sememangnya kami akan ke sana lagi utk mencuba hidangan lain. Dijamin halal. Tak perlu ragu-ragu lagi.
Ok la, dari tadi sebut '
tetamu undangan'. Siapakah dia?
Ni dia.. Cik Arina atau lebih dikenali sebagai
Adledash. Sebab nak jumpa dia pagi tu, maka semua org kena bangun awal.

Dia dah baca blog ni sejak lebih 2 tahun lepas. Muda lagi ni, ada sesapa yg nak kenal dia? Walaupun dalam gambar dia nampak lagi kecil dari tuan blog ni, dia sebenarnya lagi tinggi dari yg bertudung pink tu. Maklum la, I kan kecik je.