Mcm dah lama je tak update pasal pokok-pokok kat rumah tu kan?
Sejak entry yg terakhir, I ada tanam beberapa pokok yg lain. Pokok bawang yg I tanam dulu tu, I dah cabut sebab daunnya patah-patah. Tak tau la kenapa. So malas pulak nak tanam semula.
Masa Hari Wilayah, I ada tanam 2 pokok baru. Iaitu..
Ni saja je cuba tanam. Makcik yg buka nursery tu cakap, sangatlah senang nak tanam bayam. So cuba je la. Naik sekali banyak. Lettuce pulak mmg ada terfikir nak tanam sebab suka makan. 2-2 masih kecil. So harapnya dpt la membesar dengan baik. Amin.
Jom tgk tanaman lain pulak.
Ada sesuatu berlaku kat pokok kesum dan daun kunyit. Kan mereka ditinggalkan masa I pegi Sabah. Bila balik, I tgk daun-daunnya dah kuning dan kering especially daun kunyit. Semua daun jadi kering. Geram je rasanya. Ni gara-gara cuaca yg sgt panas sejak akhir-akhir nie. Siram 2 kali sehari pun boleh kering.
Haa, ni pulak pokok yg I beli masa Chinese New Year tempoh hari.
I nak cari Sweet Basil tapi takde pulak. Yg tinggal, hanyalah Thai Basil. So beli aje la. Masa beli, kecil aje. Daun pun tak banyak. Skrg nie, dah meninggi dan lebat daunnya. Belum try guna utk masak lagi.
Sekarang nie, pokok-pokok di atas (kecuali bayam dan lettuce leaf) terpaksa diletakkan di ruangan beranda bahagian dalam sebab cuaca sgt panas. I letak kat tembok je kot. Kena matahari dlm 3-4 jam je. Tapi sebab cuaca sekeliling tgh panas kering, pun pokok-pokok tu akan layu menjelang I balik rumah petang tu. So starting today, semua letak kat dalam.
Yang bawah ni pulak ialah Rosemary. Ahaks, mentang-mentang suka Jamie Oliver. Wajib la ada tanam pokok nie. Rosemary sesuai digunakan bila nak grill atau bakar ayam. Setakat ni, belum guna lagi sebab nak bg dia betul-betul tinggi.
One thing yg I suka pasal Rosemary ialah pokok ni senang sgt nak jaga. Tak perlu siram setiap hari sebab Rosemary adalah pokok yg tahan lasak! Boleh survive tanpa air selama 4 hari. Tapi kena beringat la juga. Kalau cuaca dah panas sgt, elok la siram tiap-tiap hari. Malaysia ni bkn mcm overseas.
Pokok yg buat I paling gembira setakat ni ialah...
Tadaa!!!!
Masih ingat di entry ini, anak pokok ni sgt halus. I sendiri tak letak harapan utk pokok ni membesar sebab anak tuan tanah yg pandai berkebun tu pun, gagal tanam pokok tomato. Even jiran yg suka tanam pokok tu pun, pokok tomato nya tak boleh hidup lama. Sebab tu la masa dulu-dulu, I tanam dalam pasu kecil. Tak letak pun kayu pancang.
Bila dia dah besar sikit, baru terhegeh-hegeh nak cacakkan kayu. Tiap-tiap hari minta hubby carikan kayu. Bila dia tanya nak kayu panjang mana, I cakap nak dlm 5-6 meter. Hubby carikan yg panjang 3-4 meter je. Dia kata, takkan la pokok tu nak hidup sampai tinggi ke 6 meter. Lagi tinggi dari I.
Kemudian, sampai la masa pokok tu menjadi lebih tinggi. Kena cari kayu lain pulak. Sudahnya dlm satu pasu, ada 2 batang kayu tercacak.
Now, rasa happy sebab pokok yg dahulunya halus.. kini dah sama tinggi dengan I. Ok la, I tak tinggi. Tapi bila sama tinggi, rasa bangga sebab ia masih hidup! Sekarang, dah mula berbunga. Harapnya melekat dan dpt la berbuah walaupun sebiji.
Kat laman depan tu, tanah ada la sekangkang kera. Kalau tak sebab ada kerengga, siput dan semut api, mau jugak guna buat tanam sayur. Skrg ni, mampu tanam dalam pasu je la. Tuan tanah ada la suruh naikkan batu kelilingnya dan ambil je tanah bakar kat blkg rumah utk letak kat area tu. Dia suruh tanam apa-apa yg I suka. Tapi takde la masa den nak buat semua tu.
Semalam baru dapat buah roselle. Ni tgh keringkan. Tgk la kalau dpt semai dan hidup. Nak kena pegi beli pasu lagi la nampaknya. Tak lama lagi, nak dpt benih ulam raja. Tapi boleh ke tanam ulam raja dlm pasu? Ahaks, paham-paham je la. Ulam raja ni cepat je meninggi dan merimbum.
Canon Powershot G1X Reivew
5 hours ago


13 scribble(s) on "New addition to my mini garden"
baguslah Liz, pandai berkebun. jeles kdg2 tgk tanaman org berjaya. nieda asal tanam mesti mati.kena berguru dgn liz ni.hehe
nieda> oh, nieda. awak tak boleh berguru dgn saya sebab saya cuba2 je tanam semua tu. kalau setakat nak tanya sikit2 boleh la
tanam dalam pasu kena rajin tukar pasu bila pokok tu dah besar. kalau dah besar sangat tomato tu, tanam jek atas tanah tepi pagar liz. mg lps aku baru mengerjakan pasu bunga kat rumah tu. banyak dah alaa-semput dalam pasu tu sbb dah membesar. memuler buat sorang. hb aku dengar aku sok sek sorang2, dia pun bgn tolong aku ubah pasu siap tabur baja. ntha bila dia beli pun aku tak perasan... hehe.. nasib ada hb org landskap nie... dah kemas dah pokok bunga aku dan dah baanyak..
liza,
kite tak boleh tanam pkok coz tangan panas. penah gardening tapi semua tak jadi hhuhuhu
okay, 1st of all.. aku dah lama nak ckp sebenarnya nih. aku rasa aku kenal nieda tu. dia 2nd cousin aku camtu lah.. haha *kantoi*
"hye nieda... awak kenal sy tak? haha.."
2ndly, aku tak sabar nak pindah balik rumah lama aku. nak start balik tanam2 nih. pokok cili yg dulu dh mati.. huhu
nadia> aku tak boleh tanam kat tanah la sbb depan rumah tu, byk siput, semut api dan kerengga. mati pokok aku diorg kerjakan nanti. pasu kira ok gak la. leh alih2.
cikLily> wah, awak caye eh bab2 tgn sejuk tgn panas nie. saya main belasah je cuba tanam.
kd> Ya Allah. sempat lagi ko. adakah ini bermakna aku akan jumpa Nieda time kenduri ko nanti? Nieda, kita jumpa nanti yer. Yang bwk dulang hantaran tu saya la. hehe..
sungguh tak pandai KH menjaga pokok tu. mati dikerjakan. hehehe.. takpe, pasni tanam balik
bestnyer tanam pokok..ila dari dulu nak tanam tp sampai ari ni tak beli2 lagi pasu...huhuhu
Ila> best kalau ia hidup membesar dgn baik. saya guna pasu plastik je.
ya allah lizz.. tgn ko nih mmg serasi lah.. aku pulak rasa excited. dh berbuah tomato tu jgn lupe amik gambo hahahha
for sure lah kenal dengan siti khadijah adam tapi dah lama sangat tak jumpa. Byk saudara mara belah Perak panggil dia Iti.
Iti ingat tak, saya dgn famili saya pernah tidur rumah awak di Paroi? Lama dah rasanya masa zaman sekolah dulu. Hehe
Insyaallah datang kenduri Iti, last week emak saya call bagitau Iti nak kawin. boleh jumpa awak Liz.
ely> good news. smalam kan hujan lebat. risau gak pokok tumbang. sampai rumah around 10pm pulak tu. malam2 gelap tu aku suluh pokok nak tgk bunga. kot2 semuanya rosak. sekali ada nampak satu tu dah lekat buahnya. excited giler malam tadi. haha.. nanti kalau dah besar, aku tunjuk.
nieda> oh, kiranya mmg betul la korang bersaudara. apsal la selama ni korang tak buka mulut kat sini. hahah.. alamak, malu pulak bila nak jumpa orang. saya ni pemalu.
nieda,
mestilah ingat lg. hehehe.. tuhla, lame betul kita tak jumpa kan? masa nieda n linda kawen pon sy tak dpt dtg. sori sgt2.. huhu
liz,
kitaorg mmg dah lama gila tak jumpa. aku saja hold dulu beritau aku kenal nieda sbb baru last week parents aku blk perak n gi menjemput sedara kat sana. rasanya mcm tak proper lak nieda tau aku nak kawen sblm parents dia dijemput..
ska> kelakar la korang ni :p
Post a Comment