Dulu, bila dgr org tua-tua yg duduk kat kampung berkata sayang nak tinggalkan kampung sebab risau pokok-pokok dia mati, I hairan. Rasa mcm ape sgt la kan...
Tapi bila dah tanam pokok sendiri, barulah faham apa yg mereka rasa. Jgn nak kata tinggalkan pokok seminggu, nak tinggalkan 2 hari pun risau! Masa I pergi Sabah dulu, I siap upah orang utk siramkan pokok-pokok kat rumah tu.
Bila kat office dan hari panas terik, risau pokok kehausan dan kering. Bila hujan ribut, risau pokok tomato patah. Sampai mcm tu sekali perasaannya.
Semua org yg tanam pokok mmg rasa camtu eh?
2 hari lepas, I saja letak pokok tomato kat tgh laman sebab nak bg ia kena hujan. Sekali hujan lebat sgt semalam. Tak risau sgt la. Mmg berserah je. Bila balik, ada satu dahan yg ada buah tu dah nak patah. Terkulai. Cepat-cepat kitorang selamatkan dgn cara tanam lagi satu kayu pancang. Even hubby pun mcm dah tersuka je tgk tomato tu. Pernah sekali I 'tangkap' dia berdiri depan pokok tu sambil belek-belek buah. *Kembang semangkuk weihh!!*
Sedang I belek dan buang mana-mana daun yg dah rosak, I nampak lagi dua pokok pun dah mengeluarkan buah. Yippie!!!!
Tgk pokok baru yg join kwn-kwn dia.
My Thai Basil (yg sebelah pasu Sweet Basil dlm gambar ni) dah mcm hidup segan mati tak mahu. Sedih ok. Dah puas pujuk tapi tak merimbun mcm dulu balik. Dah keluar bunga warna purple tapi dah buang la bunga tu. I bagi masa sampai hujung bln. Kalau tak ok, cabut je la. Boleh tanam pokok lain. Sweet Basil ni beli masa nampak ada jual kat Jusco. Semoga tak menjadi habuan ayam lagi.
I ada tanam lagi satu pokok. Baru bercambah. Kalau dia berjaya hidup, I akan tunjuk kat sini :)
:: HanDBaG ::
20 minutes ago


7 scribble(s) on "Sweet basil"
wah . comfirm tgn k.liz sejok . sbb pokok hidop . kalau sy tanam kompom mati . tgn panas . hahaha .
sejok mate n tenang tgk pic2 pokok akk , sbb darah tgh gemuruh , today my lect nk dtg . sempat bejalan-jalan di-blog lagi . ! hehehe .
*naz ckp akk pndai msk wastern food . oh yeah ! bile lah nk merase tu kak . ? hahaha . jz kding . *wink
liz,
bole mintak anak pokok tomato ni kat u ek.. happy gardening
chenta hatie> wujud ke istilah 'tangan sejuk tangan panas'? akak tak caye la. yg penting, kena tau camne nak jaga pokok kot. bkn semua pokok boleh jaga dgn cara yg sama. rasanya la. wah2, ni boleh buat entry baru ni.
takde la pandai sgt masak western food. suka cuba dan masak je. kat rumah tu, diorg suka spaghetti. tu mendapat sambutan la. naz je kureng sikit. nak rasa, dtg rumah. mari-mari, akak blk mlm nie
cik lily> saya dah takde anak pokok. mak pokok ada la. kalau betul2 nak, tunggu saya cambahkan utk lain kali. nak tanam tomato cherry pulak. nak ke?
ouh , dtg umh . malu lah kak , nty tkot kna kjar dgn penyapu . HAHA . yg psl tgn panas or sejuk tu , mak yg ckp , sbb mak tanam pokok sume hidop . sy tanam , hmpeh . huhu .
Salam perkenalan
liz, jealous tgk pokok tomato awak! Saya baru dalam proses percambahan pokok tomato - semoga segar macam yang dalam gambar ni...
Jom baca ni ~ Tips Penyediaan ke Musim Persekolahan!
qaseh> salam perkenalan. oh,tu cerita lama. skrg dah takde pokok tomato dah :)
Post a Comment