Ok, kali ni I nak recommend satu kedai makan yg best. I berani kata best sebab I kena tukang masaknya. Dia masak ok la. Yg fave; Mee Kungfu. Sedapppp! Tak la mcm sesetengah kedai yg bila ko mkn, tak rasa ape.
Baru-baru ni ada buat makan-makan sempena birthday anak buah. So buat kat Man Tom Yam. Kedai ni kat belakang Elken Jalan Kelang Lama.
Organizer kata masak utk 40 orang. So tukang masak masak penuh satu tray tu. Lauk pada malam tu ialah Tom Yam Campur, Paprik, Kailan Goreng, Sweet Sour Fish, Sotong dan Udang Goreng Tepung dan buah tembikai.
I tak boleh komen lauk-lauk di atas sebab deria rasa I pada hari tu tak berapa bagus. I suap, kunyah dan telan saja. Tapi tgk orang lain makan, mcm sedap je. Kalau ikut level kesedapan Mee Kungfu yg I suka tu, mmg sedap la dia masak.
Kedai ni menjadi pilihan pekerja-pekerja Elken di bangunan berhampiran. Kalau korang nak buat majlis waktu malam pun boleh. Kedai tu luas. Sorry terlupa ambil gambar persekitaran. Kedai ni kat bawah pohon besar. So mmg senang nak cam.
Untuk harga, boleh call no 019-693 3430 & 017-284 9510
Work: Weekly Photography Challenge
13 minutes ago


0 scribble(s) on "Man Tom Yam"
Post a Comment