Bila dah ada Batrisyia, mmg tak dpt ke sana. Jealous tgk orang lain bawa anak ke masjid. I mmg tak berani bawa sebab dia kecil lagi. Nanti menangis, mengganggu pulak. Kalau fikir balik, boleh je bawa sebab ramadhan tahun 2009, dia dah berumur setahun.
Ramadhan 2010, tak bawa juga sebab kekangan masa. Sampai rumah dah pukul 6, masak utk berbuka, lepas tu berbuka. Kalau I ikut pergi masjid, kerja rumah yg lain hanya boleh dibuat sekembalinya dari masjid. Lagipun, Batrisyia tidur seawal 9 malam. So I buat keputusan utk solat di rumah aje.
Ramadhan 2011, Batrisyia hampir berumur 3 tahun. Dia pun mcm dah boleh la tidur dalam pukul 10 malam. I tekad nak bawa dia ke masjid. Bila lagi nak kenalkan dia dgn masjid. Sibuk kenalkan dia dgn benda lain je. I nak bawa dia ke masjid agar dia tau suasana sebenar solat berjamaah. Kalau selama ni dia berimamkan abi dia, biar kali ni dia rasa suasana bersolat beramai-ramai.
Walaupun I tau, dia takkan solat terawih sampai 8 rakaat :)
Err... what? Terkedu I dengar pengumuman tu. Sedangkan Rasulullah sendiri menggalakkan kanak-kanak kecil dibawa ke masjid. Malah, Rasulullah akan mempercepat bacaannya jika terdengar kanak-kanak menangis. Ye la, kita bukan di zaman Rasulullah. Tapi itu menunjukkan bahawa masjid bukan tempat larangan untuk kanak-kanak.
Berbalik pada masjid yg I pergi ni. Alhamdulillah, imam buat pengumuman sebegini "Bagi ibu bapa yang bawa anak, sila letakkan anak di saf belakang. Kita akan mulakan solat sebentar lagi". Tidakkah sejuk hati ibu bapa yg mendengarnya? Imam sendiri menggalakkan kanak-kanak bersolat sama.
I solat di saf paling belakang (untuk dewasa) dan Batrisyia berada di kedudukan paling hujung. Lagipun, Batrisyia bukan betul-betul solat. Jadi, ini tidak merubah apa-apa dalam kedudukan saf.
Batrisyia yg dah terbiasa ikut solat di rumah, tak mengalami masalah bila solat di masjid. Dia ikut rukuk, ikut sujud. Ikut menadah tangan ketika berdoa. Dan ini berterusan hingga rakaat keempat terawih.
Lepas tu...
"Umi, Tisya nak berak"
Adeh! Dah pakaikan cloth diaper bagi mengelakkan adegan sebegini tapi dia berkeras nak melepaskan hajat di RUMAH. Sanggup dia tahan tu. I smsed hubby. Hubby terus ajak balik. Boleh sambung terawih di rumah.
Next time nak bawa dia lagi. Untuk tips membawa anak kecil ke masjid, boleh rujuk entry Lyna.


6 scribble(s) on "Batrisyia berterawih di masjid"
seingat aku.. aku xpenah bwk sami g terawih. tapi byk kali bwk g semayang kat mesjid. xingat, maybe time semayang raya kot.. eh lupe la (tak senonoh kan) papi penah bwk sami tp papi xbape suke jaga sami. aku pulak senang sbb kalu sami meragam aku dukung aje. tp sami mmg bese dgn mesjid atau surau, kalu dia malas semayang dia sebok meluruskan saf hehe.. tp spot aku kalu bwk dia mestilah diblkg2 dihujung2 spy xkacau org lein. aku penah gak dgr imam ckp cmtu tp kalu tak sekarang nk bwk anak g mesjid bila lagik..
ely> hehe, batrisyia pun dah biasa aku bwk pergi solat kat masjid. terawih je tak pernah. suasana tu lain sikit la. kalau solat biasa, takde la berimam. bila terawih ni, ramai-ramai.
ye la, bila lagi nak bawa anak pergi masjid. aku rasa penting utk dedahkan dia dgn solat dari kecil. jgn nanti dah besar, liat nak solat sebab kecik2 tak diajar.
cepatnyer masa belalu, dah nak 3 thn dah icha...rasa mcm baru je aunty wan belikan dia baju utk 2yrs =)
aku rasa anak2 mmg bagus klu boleh dibawa ke masjid utk solat...latih solat at the same time latih utk disiplin..
wan> raya kedua ni, dia genap 3 thn kalau ikut kalendar islam. hehe.. orangnya je yg tak gemuk-gemuk.
wan, bila nak blk sini. dah ada kat sini, call la aku. leh kite nge 'date'
comel telekung..;)
diyana> tgk la sape yg jahit.. ewahh
Post a Comment