Tajuk entry pun dah cukup gah kan? Untuk yang tidak tahu berita baik ni, jualan buku terbesar dan terhebat ini dianjurkan oleh Big Bad Wolf dan bakal diadakan pada 7 Oktober 2011 di MAEPS Serdang. Sebanyak 1.5 juta buku akan dijual dengan diskaun sehingga 90%!
Isk, korang tinggal bayar 10% daripada harga asal je weih. Mana nak dpt?! Ni antara buku yg diorg reveal kat FB.
RRP : RM 68.50
BBW : RM8
RRP : RM 56
BBW : RM 8
RRP : RM 109.90
BBW : RM 25
RRP : 41.50
BBW : RM 8
Note : RRP - Recommended Retail Price. BBW - Big Bad Wolf
Tak terbeliak biji mata korang bila tgk harga-harga buku selepas diskaun? Ni baru sikit. Bayangkan 1.5 juta buku yang menunggu semua peminat buku di sana. Ok, barulah I faham perasaan kanak-kanak yg masuk kedai permainan ke, candy store ke… Cuma kedai-kedai diorg tiada diskaun hingga 90% la.. hehehe.
Sebenarnya ada banyak jenis buku yang akan dijual di sana. Bukan setakat novel. Komik, motivation book, children book... semua ada la. Tak rugi kalau pergi pun. I bagi tau awal-awal. Boleh la korang standby duit utk tabur kat sana. Kalaulah dpt rembat semua buku yg berharga RM10.. Dengan duit RM100 boleh beli 10 buah buku. @_@
Kalau korang tak dpt pergi tapi nak kirim kat I pun boleh. Takde hal punya la. Kalau suruh I browse buku, I memang tak kesah.
Untuk keterangan lanjut, layari FB mereka di : http://www.facebook.com/event.php?eid=263027070384302
Ni kalau kak Syigim ada kat Malaysia, boleh ajak dia. Kak, jangan jealous eh. Hehehe






6 scribble(s) on "The Biggest Book Sale in the World!"
Salam Liz,
I pernah pergi BBW Booksales ni...
memang rambang mata....
pergi pagi balik malam..
2 hari berturut2...
tapi jangan bawa anak ye...
orang ramai giler...
dan jangan lupa bawa troli...:-P
J> salam. oh, penah pergi ke? heheh.. mmg taknak bwk suami dan anak. confirm tak tenteram nak belek buku nanti. tapi kena bwk troli sendiri ke? alamak, diorg takde sediakan bakul ke? isk, camne nak angkut semua buku2 tu? ewah, mcm la nak borong satu troli.
thn ni taknak pergi ke?
kak liz!
saya selalu pergi BBW ni. every year tak pernah miss. tapi orang ramaiiiii gilaaaaaaa. pastu dia akan bg kita kotak utk letak buku. tp kalau space kecik hazab juga nak mengangkut kotak tu. dah la berat. nak mintak laluan lagi. ishhh.
tp siries best. esp children books. berbaloi2. too cheap la. dirt cheap. rasa mcm nak beli semua. tu psl kotak jd berat. hehehe. and if u hv UOB ke apa tah punya cc, dpt additional 10% lagi!
tp kalau x dpt pergi pun its ok. bookstore dia dekat bookxcess je. amcorp mall. still cheap. tp x leh dpt la fiction at RM8. normally its rm12.90 or rm15.90 but still... hehehhe
enjoys!
ayu> bookxcess tu mmg dah lama tau tp mmg tak pegi2 sebab jauh dari rumah dan jarang pulak nak singgah ampcorp mall tu.
tapi RM8 mmg mana la nak dpt kan? kalau dah biasa beli buku, harga tu mmg berbaloi-baloi. sesak pun sesak la. hahaha..
oh,dia bg kotak eh? besar mana? isk, serious ni. tiba2 jadi risau nak pergi sana. takut terborong byk.
interesting! 1 day event je ke? dkt sgt dgn rumah aku ni, tp bab parking n nk angkut buku tu mcm azab sikit tu huhu
fatih> actually sampai 16 oktober.tapi sebab buku2 tu murah, kena la pergi awal. kalau pegi 16, mungkin byk buku dah kena rembat! aku tgk, mereka yg penah pegi BBW tu, beli sampai berpuluh buku.
Post a Comment