Lepas tu, ada orang tu request nak makan homemade ketupat. Mama dah siap-siap beli nasi himpit dah tapi sebab menantu minta, maka tak jadilah rebus nasi himpit. Kitorang bukan taknak rebus ketupat tapi memang tak masak sebab atok dah masakkan. (Nasib baik rebus ketupat sebab tahun ni, atok tak buat ketupat pun).
Menantu tu ckp (my hubby la) dia nak anyamkan ketupat. Ewah, nak tunjuk skill. Nak tau ape jadi? Kitorang dah siap anyam 19, dia satu pun tak siap lagi. Dok sibuk betulkan laptop dia.
Pagi raya, nasib baik tak berdrama sangat. Kalau tak, semua orang kelam kabut bersiap. Pagi tu smooth aje. Kiranya by the time lelaki-lelaki dah balik dari solat raya, semua orang kat rumah dah siap. Syabas! Ni kira rekod la. Hehehe...
Seperti biasa, perlu ambil gambar pertama sebab nak pastikan tudung sesuai dengan muka pada pagi tu.
*Hasil kursus intensif dari Hasif*
pinggan untuk santapan.. sedap kalau campur semua!
"Along, ambil gambar aku tgh angkat pinggan nie"
Adik sape la nie T_T
Seperti tahun-tahun raya yang lain (la ni, 2 tahun sekali je), kami akan buat sesi bergambar sekeluarga. Tiada penambahan ahli keluarga sejak 2 tahun lepas. Cuma Batrisyia dan Danish dah boleh berdiri sendiri. Kami ambil gambar di studio yang lain sebab tak puas hati dengan studio lama. Kualiti makin kurang.
Studio ni terletak di Taipan Senawang. Tak tau nama dia tapi I ada ambil gambar depan kedai tu. Korang carilah sendiri.
Pagi tu, ramai betul orang kat studio tu. Masing-masing mmg pakai dengan warna senada. Baru cantik ambil gambar family kan? Masa kami datang, keluarga merah sedang ambil gambar dalam studio. Keluarga pelangi tengah tunggu turn, keluarga orange sedang mendaftar dan keluarga kami (keluarga coklat) tunggu turn untuk mendaftar.
Kat luar studio ada keluarga biru baru balik. Lepas tu datang lagi keluarga merah dan keluarga coklat. Meriah!!!
Lepas tu baru pergi rumah atok dan nenek.
Hari raya pertama, kami pergi 2 buah rumah aje. Pelan-pelan kayuh. Orang lain semua balik kampung.
Raya kedua, kami balik Rembau. Mula-mula, melawat kubur arwah atok dan nenek.
Masa ke rumah makcik ketiga dan keempat, kami sempat ambil gambar kat kebun getah. Makcik-makcik ni satu taman. Sebelah tu ada kebun getah. Tapi tidaklah bersemak. Elok je terjaga. Selalunya mmg park kereta kat situ je. Orang lain dapat letak kereta depan rumah makcik. Kami masuk kat kawasan kebun getah tu.
Berlakulah sesi bergambar dlm 5 minit. Hehehe.... Batrisyia ikut kereta mama, Hasif ikut kereta kami. Jadi kami agak rileks sikit sebab diorg dah masuk rumah makcik.
Memang takde keje kan? Hahahha... tapi best sebab yang terlibat semuanya orang yg suka bergambar.
Ni la entry raya tapi takde pun gambar beraya kat rumah orang. Tahun ni I busy ambil gambar lain. Esok I publish eh.
Duit raya Batrisyia tak kira lagi. Tahun ni, I mmg tak buka mana-mana sampul duit raya pun. Dapat je, terus simpan. I nak simpan sampai hujung bln raya. Lepas tu baru buka. Bila buat camtu, I tak dpt nak bezakan berapa orang ni bagi duit raya, berapa org tu bagi duit raya. Semuanya sama di mata kami. Ahaks. Kami juga akan membalas dengan hati yang ikhlas. Insya Allah.


5 scribble(s) on "Entry raya yang banyak gambar tapi tiada langsung gambar beraya ke rumah orang"
bergambar kat kebun getah tu yg tak tahan...hehehe
Ila> haha.. kalau upload semua gambar kat kebun getah, takut korang tak lena tido. ekekeke
bestnye, akak dah 7 tahun kawen tak penah amik gamba studio. idea bagus tu, u guys keep it up! balik msia ari tu nearly nk buat sesi photography tp my husb bz sgt :(
nways, psl kaler baju korang, cantik je, sbb tona coklat berlainan - i like!
wahhh pandai nye mak & bapak ko berlakon.. tp satu la ketupat tu cantek sungguh! terliur aku.. bese org main bo, rebus pon kaler dh lain.. patu main letak aje.. haha..
cam bese kitorg xdek gambo family. konon nk pg bgambo kt kedai pon xbuat. sami lagik la susah nk join bergambar.. sudahnye kang photo shoot kt mana2 aje la haha
kak syigim> ahaks, bergambar kat studio tu mmg kami dah buat sejak saya sekolah menengah. kalau tgk gambar kat rumah tu, boleh nmpk transformasi masing2 dari kecil sampai dah besar nie. hehe.. tu yg suka tu.
kak, coklat tu idea mak saya tapi saya rasa cantik sebab ala2 warna tema besday party anuar zain (yg akak letak kat blog akak tu). hehe...
ely> hahaha.. dulu kaku. sejak adik aku ajar ayah aku cara2 nak berlakon, menjadi-jadi pulak diorg skrg ni. aik, ketupat pun cantik ke?
Post a Comment