
Tahun ni, Photo Challenge Balik Raya kembali lagi dengan 10 challenges yang boleh tahan susah juga la. Actually, sekali imbas nampak senang. Cuma perlu cari masa dan tempat yang sesuai. Part tu sedikit challenging la.
SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.
Untuk 3 syarat utama ni, senang je. Hari Jumaat sebelum cuti tu dah siap-siap print "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011". Punya la semangat. Utk challenge kali ni, I pakai baju raya warna purple, gold, hijau dan merah hati. Tapi banyak warna purple sebab hari tu mmg I pulun buat sebanyak mungkin.
Jom tgk challenge yang perlu kami sahut dan gambar yang I pertaruhkan. (Utk juri-juri, sila klik gambar utk maximum size)
10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!
Idea Biqque
1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya. Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.
Minggu lepas, pergi balai polis kat Batu 9 Cheras, ramai org tgh buat report pulak. Sekali terjumpa 2 orang polis ni kat kedai makan area Batu 9 juga. Apa lagi, I terus explain kat diorg. Sarjan ni terus bersetuju. Cayalah! Sarjan tu mkn tart nenas tu sebenarnya. Tapi masa gambar diambil, dia tak letak kat mulut dia pulak. Hikhik...
2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.
Ni kira percubaan terakhir la. Masing-masing dah keluar berjalan raya. Tinggal kami je. Buat dalam rumah. My parents jadi tukang adjust bentuk huruf kami. Adik I berdiri atas meja makan sebab nak ambil gambar dari atas. Maklumkan, guna kamera biasa je. Ada rupa ejaan "RAYA" tak?
3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.
Actually, ada lagi satu rumah kat kampung. Besar, bersemak dan menyeramkan. Mmg spooky habis. Tapi bila terpandang, I terus jadi tak sedap hati. Nasib baik tak ambil gambar kat situ sebab later I found out that rumah tu dah terbiar sejak ayah I kecil lagi! Katanya dalam tu masih ada perabot dan memang berhantu. Kawan dia pernah masuk dalam tu. Keluar, terus jadi tak betul sampai sekarang. Nasib baik I tak singgah.
4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.
5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.
Idea Chawana.
6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!
Lain kali I nak guna umpan kuih ros la. Tart nenas kan lembut. Terkial-kial hubby nak pasang umpan.
7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.
~ Ni challenge terakhir yang I siapkan sebab takde idea langsung nak create costume superhero raya. Ni kira percubaan terakhir la. Topeng mata dibuat sendiri oleh hubby walaupun I kata I nak beli. Dia taknak. Logo I buat. Kenapa huruf "R"? "R" bermaksud RAYA. Blanket cape tu I pakai tudung warna hijau je. Nak ada mood raya. Kalau warna merah, dah jadi mood CNY pulak. Malu seh nak upload gambar nie tapi I redha je la. Kira ok la daripada idea hubby yg suruh I baring atas kereta dia ala-ala nak terbang. Iskk....
8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala. Kaki tak leh pijak tanah ok!
9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!
10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup!
Wahhh, bangga dpt siapkan semuanya. Mcm tak percaya je. I kan pemalu. Nak buat depan orang ramai, kat tepi jalan la.. kat gerai bakar lemang la.. mmg kena tebalkan muka.
A big thanks to my family yg mmg bagi support utk menyelesaikan challenge nie. Sampai ke pakcik makcik pun bagi pinjam basikal, balang kuih raya. I terharu! Paling berterima kasih kepada adik bongsu dan hubby selaku photographer bagi kebanyakan gambar di atas.
Tapi best la buat challenge nie. Nampak je mcm ntahapehapentah tapi bila dah start buat, rasa seronok. Lebih-lebih lagi bila org sekeliling menyokong dan memberi idea. Harap-harap Sekupang Team boleh buat lagi utk raya tahun depan.


26 scribble(s) on "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011"
o-leyh.. aku p gak minta permission gn ketua balai.. hahaha.. seb baik mendapat.
pape pung.. best of luck ek..
hahahha betul la, memula cam malas2 nak buat bila pk kan challenge2 nya tu tapi once dah start buat, cam gian plak kan hahha ;-)
gud luck eh ;-p
salam.....good job liz....x sangka liz bley wat cenggitu....hahaha....si icha micha pun sama, jd crew.....kalu menang byk nk kena agih2 ni...
pergh cayala!sangat bersengat liz & hubby & family;). bergambar dgn polis tu plg mencabar rsnye..susah tu kan nak minta kebenaran.dpt yg sporting,bestla eh.:D
Congrats Liz!! Memang hebat! tak sangka gak u boleh siapkan..best betul..
Satu benda paling best dlm menyiapkan photo challenge ni ialah kerjasama ahli keluarga time2 raya tu la.. Memang rase best sgt kan, mcm2 jenis idea leh dpt dari diorg huhuhu..
And Thank U for joining too :D..tahun depan insya Allah ada lagi..:p
perghhhhhhhhhhhhh gile gempak! sporting la u niiiiiiiiiiiiiiiii!
best2! ok masuk list!
babyarisha> yup, gambar korang mkn kat balai mmg terbaek la. dpt sekali ramai pulak tu. aku je yg malas nak minta permission sbb time tu kat HQ. good luck to u too.
AkO @ retna> hehehe.. seronok bila ramai org tlg. good luck to u too.
rozila> salam. ekeekkeke... dia hanya jadi crew kat satu gambar je. ok la, mendengar ckp. hahaha...
diyana> polis mmg susah sikit. ada yg taknak bergambar, takut sgt bos dpt tahu. tapi kira ok la jumpa sarjan veteren yg sporting.
chawana> yups, mmg tak sangka family pun sibuk nak bagi idea. masuk pun suka-suka sebab dah lama tak buat benda camni.
biqque> hehe, suka tgk gambar org lain gak. mcm2 idea korang ada
ahahah..! suker sukerr tengok aksi korang..! gud luck ekkk.. sporting abes la korangg nih..!!
kak izan> wah, gelak2 tu.. gelakkan gambar superhero tak menjadi tu ke? ekekekke.... contest suka2 di kalangan org yg suka bergambar. semuanya sporting kak.
Good luck liz ☺☺
fiza> thanks
giler gigih!!! tepukan gemuruh for u liz!
kagum tgk. lagi2 dpt support dr org sekeliling. kalo kita mmg x sanggup la. sifat pemalu menebal giler.
moga berjaya yer.
~ Cinta Si Camarputih ~
jet lee :
saya doakan menang besauuu!!!
hahaha blh tumpang sekaki
I-sya> haha, mmg melampau pun tahap kegigihan masing-masing. ahaks, malu time nak explain kat polis je.
jet lee> nak tumpang sekaki ape? hahaha... apa hadiahnya pun belum tau lagi.
hahahah, giler best aksi2 cam ni hehehehe
hahah serius lawak..sonok tgk sportinggg sgtt gd luck ye
kak ayu> hehe, thn dpn jom la join!
amiey> thanks yer. lawak tang mana? hehe
TERBAEKKKK!!!!!
tapi ko patut ikut ckp hubby. amik atas kete hahahahahhaha
ely> tak sanggup aku weih sebab ambil gambar tu pukul 11 malam. hehe..
caya la kak..leh wat semua tu..berani betul.hihi..tahniah2..
aku vote tang RAYA tuh sbb hubby sporting aku xkesah. si tisya pon skalik?!!! hahahahha superbbb!! kalu sami kompom xjadik hahahhaha
zurainah> nama pun suka ambil gambar kan? asyik ambilkan gambar org. biar skrg org ambil gambar kita pulak.
ely> hubby aku memilih kat huruf "R". dia nak menegak. mana boleh kan? takkan aku nak lipatkan badan dengan baju kurung tu. hahaha... kalau ko tgk tisya, dia paling rileks. mengikut je
Salam Liz,
Selamat Hari Raya....
Perghhhhh!....kelas giler....
I hope u can win!!
Good luck!Good luck!good luck!
J > selamat hari raya to u too!! oh, contestants lain pun hebat2.
Post a Comment