Time cuti sekolah nie, banyak playschool dan kindergarden yang buat Open Day. Kalau 10 tahun lepas, university je yang buat Open Day. Hehe.. tapi bagus juga bila ada Open Day. Parents boleh datang untuk lihat sendiri environment dan proses pembelajaran di setiap centre.
Kalau tanya ibu bapa yang lain "Tadika apa yang bagus?", mesti pelbagai jawapan yang kita akan dapat. Sesetengah ibu bapa akan kata "bagus" bila centre tu tekankan penggunaan Bahasa Inggeris. Ada pulak rasa bagus bila anak diajar ilmu agama. Ada yang rasa bagus bila ada subjek Mandarin.
Me? Fuh, jangan ditanya sebab I berhati terbuka. I hasil produk Tadika Kemas. Adik-adik I produk Tadika Abim. Tu zaman dulu, kira bagus dah tu. Kalau zaman sekarang, ada ibu bapa yang meletakkan tadika-tadika tu sebagai their last option. Mungkin sebab namanya tak segah centre lain la kot.
Tapi.. wah, ada tapi di situ. Sebenarnya, ada banyak faktor yang memainkan peranan dalam pemilihan kidergarden. Environment dan proses pembelajaran tu perlu menjadi faktor utama. Yang sipi-sipi tu macam:
1. Dekat tak dengan tempat kerja? Senang tak nak hantar dan ambil anak?
2. Ada ajar subjek agama tak?
3. Makanan pula macam mana? Halal tak?
4. Berapa fees untuk setahun?
Fees tu menjadi faktor no 2. Kalau mahal sangat, mungkin kita tak jadi hantar anak ke sana. Tapi kalau ada rezeki lebih, apa salahnya. Yang penting, anak kita dapat exposure dan dapat belajar dengan baik.
I buat keputusan untuk hantar Tisya ke kindy pada tahun 2013. Dia lahir bulan 10 so kalau diikutkan, Tisya baru berumur 4 tahun 3 bulan pada January 2013. Rasanya dah ok sangat kalau hantar dia. Jadi I ada masa setahun untuk survey dan pergi jengah mana-mana Open Day.
Insya Allah, I will start with Q-Dees Pandan Indah. Mereka akan buat Open Day bulan December nie. Dekat dengan nursery Tisya, dekat dengan office (in case ada apa-apa emergency), kawasan kindy tu nampak bagus in terms of keluasan dan kebersihan dari luar. Dengar cerita siap ada swimming lesson dan gym. Kalau ada sesiapa yang dah pernah hantar anak ke sana, feel free to give me your feedback. Kalau ada cerita kindy lain pun, share la.
Work: Weekly Photography Challenge
14 minutes ago


9 scribble(s) on "Bermulalah pencarian kindergarden untuk Tisya"
Liz, kitorang pun dok start survey2 kindy utk Fiya. Q-dees tu ok jugak, dulu anak buah aku gi situ. Tapi dia kat situ 1 year aje, sbb bila si adiknya pulak dah start kindy, parents diorg masukkan dua2 kat Smart Reader.
Anyway, kat sebelah ofis aku ni ada kindy baru bukak, next year baru start. So kitorg pun google la tempat tu. Brainy Bunch Islamic Montessori. Nampak mcm bagus jugak. Islamic AND medium is English. And rupanya si Mia Sara tu skolah BBIM tu jugak. http://islamicmontessori.com/bbimwp/
Kitorg interested jugak dgn tmpt ni tapi tgk dulu jugak la camne.
imee> aku takde la aim mana2. tengok je mana2 yg dekat dan yg ok. so far, q-dees tu paling dekat dengan nursery dia yg skrg ni.
ala, mcm menarik je BBIM nie. tapi takde yg dekat dengan tempat aku :(
Survey...jgn tak survey. Aku ikut kemampuan jer liz. Hantar iman kat PASTI sekali ngan daycare.
fiza> memang kena ikut kemampuan la. kalau mahal sangat pun, tak mampu aku nak bayar. bkn org kaya pun. PASTI pun bagus kan? yang penting, inisiatif org sekeliling utk mengajar anak tu.
diyana hantar damia ,tadika depan sekolah diyana je. tadika nuri, under kerajaan negeri. memang tak survey tang lain dah..senang, depan tempat kerja je..:D.
Liza, anak aku memang aku masukkan ke qdees kat area usj ni since die 3thn lg. Memang bnyk improvement tp kita as a parent kene gak tolong2 mana yg patut. Cuma yg tak tahan qdees nih fees die agak mahal bg aku. Memang kalau ikutkan depa kata rm210 je sebulan but bnyk ooooo hidden fees die. Aku buat anggaran sebulab dlm rm500 gak la. Tp aku puas hati la. Ko kene tgk gak center qdees ni. Dulu awal2 aku anta kat area shah alam tp aku tak nampak improvement. Aku byr mahal sbb nak english education tp cikgunya converse in malay sbb ada ramai dak malay. So end up aku tukar ke center lain dekat ngan umah aku. Nampak beza la jugak.
Good luck for tadika hunting k!
diyana> tu la. faktor lokasi pun memainkan peranan penting. usually, kita pilih yg dekat dengan kita. kalau nak hantar jauh2 pun susah.
oya> dah surveyed qdees. betul, byk hidden cost. unfortunately, centre yg dekat dgn aku tu kureng sikit la pada pandangan mata aku. nampak dari luar memang besar. tapi ada banyak kelas dan ruang kelas kecil sangat. principal kata, satu kelas ada 20 org murid. alamak, crowded nya. tak jadi nak hantar.
aku baru je register athirah kat kindy baru. fees extra rm100 tp at least byk activity etc. ada uniform. cikgu pun ramai. nursery building sendiri. & paling penting dkt dgn rumah bs Firas. penat dah aku 2 mnths ulang alik 2 tempat jauh. end up asik kena charged overtime je huhu.. insyaAllah nnt aku review, hopefully ok la situ. sini CIC sampai 500+ permonth haih mahal2 belaka. ni aritu enroll pun dah rm1k+ huhu..
fatih> rasanya kat putrajaya byk kindy kan? kat area aku ni byk kindy gak tapi chinese kindy. risaukan pemakanan pulak sebab diorg ni ada yg tak faham maksud halal yg sebenar. nak hantar jauh2, susah aku nak jemput pulak. iskkk
Post a Comment