Kali ni masih Cuti-Cuti Malaysia. Malaysia ni banyak tempat menarik. Nak tak nak je kan? Untuk tahun 2011, kami ke Sg. Klah Hot Spring di Sungkai, Perak Darul Ridzuan. This is going to be a long entry with lots of photos. Please bear with me.. hehehe. Tengok la. Kalau tak rajin, I buat part 1 dan part 2.
Sg. Klah Hot Spring (TRAP) ni di bawah kelolaan Felda Travel. Tempatnya jauh ke dalam. Tidaklah jauh sangat. Secara amnya, tarikan menarik di sana ialah kolam air panas. Menurut cerita pegawai Felda, kolam air panas itu pada asalnya milik orang asli di sana. Melalui perbincangan, orang asli membenarkan Felda untuk men komersil kan tempat tu. I guess diorang ada buat perjanjian kot. Felda ambil kolam air panas. Sebagai pertukaran, orang asli diambil bekerja di sana. Pegawai tu separuh bergurau. Katanya, orang asli ni sesuai buat lanskap je sebab mereka teliti dan mereka akan “hilang” bila tiba musim durian dan petai. Hehehe, semua balik ke kampung.
Perjalanan dari KL mengambil masa 1 ke 1 jam setengah. Bergantung kepada berapa laju korang bawa kereta la kot. Macam kami, 3 kereta datang dari 3 tempat berlainan (Seremban, Nilai dan Cheras). Jadi, kami berjumpa di Restoran Jejantas Sg. Buloh. Makan-makan dulu. Nak dekat pukul 1 petang, baru bergerak ke Sungkai.
Nak ke sana senang je. Ikut highway ke utara dan keluar di Exit 128. Lepas keluar dari tol, belok kiri dan teruskan perjalanan dalam beberapa minit. Nanti akan nampak signboard di sebelah kiri yang menunjukkan “Sg. Klah Homestay”. Kira sama la tu. Perjalanan masuk ke dalam mengambil masa dalam 10 minit. Kiri kanan hanya ada pokok kelapa sawit. Eventhough kami sampai nak dekat pukul 2 petang, cuaca sejuk. Terus buka tingkap sebab nak hirup udara luar. Maybe sebab nak hujan kot, tu yang sejuk.
Tak lama tu, akan sampai di sebuah perkampungan Felda. Kalau teringin nak beli apa-apa makanan, boleh singgah di kedai-kedai kat sana. Kedai makan pun banyak.
Kalau korang balik hari, boleh terus proceed ke pintu masuk ke kolam air panas. Beli tiket masuk kat pondok berhampiran. Dewasa RM12, kanak-kanak RM10, disable person RM2. Kanak-kanak bawah 5 tahun boleh masuk secara percuma. Tapi kalau nak menginap di sana, sila ke Management Office dulu. Management Office terletak di tempat berlainan. Bukan kat pintu masuk. Takpe, kalau tersesat sampai ke pintu masuk, tanyalah arah ke Management Office. Dekat je sebenarnya.
TRAP ada menyediakan hotel rooms dan 10 villa untuk pengunjung menginap. Ye la, kalau dah datang dari jauh, mesti nak stay kat sana 2-3 hari kan? Untuk percutian kali nie, kami memilih untuk menetap di villa 3 bilik. Villa di sana ada yang satu bilik, dua bilik dan 3 bilik. Kesian budak-budak bujang, kena tidur kat ruang tamu lagi.
Untuk villa 3 bilik, alatan kelengkapan yang disediakan di dapur dan bilik tidur adalah untuk 6 orang sahaja. Even tiket masuk ke kolam dan breakfast coupon pun untuk 6 orang sahaja. So kalau korang datang ramai, kena la top up apa yang patut. Macam kami, bawa extra towel, pinggan, sudu, garfu dan toto untuk budak bujang.
Jom tengok rupa villa. Untuk villa 3 bilik, satu bilik ada queen sized bed. Lagi 2 bilik pulak ada 2 single sized beds. Boleh je nak rapatkan. Jadi memang takde masalah la kan? Bathroom pun okay especially kat master bedroom la. Ada bath tub. Iron dan iron board pun ada disediakan.
So boleh bawak DVD dari rumah. Bila tengok besar macam nie, tak rasa bersalah bila budak-budak bujang tidur kat situ.
Yang menjadi tarikan kepada kami untuk menginap di villa ialah dapur ada disediakan untuk memasak dan private jacuzzi untuk berendam. Untuk dapur, mereka hanya sediakan pinggan, cawan, periuk nasi elektrik dan cerek elektrik. Kalau rasa nak memasak di sana, bawalah kuali, periuk dan alatan memasak. Jug air pun bawa juga. Tidaklah jadi macam kami. Ingatkan ada sediakan jug. Sudahnya bancuh air dalam Tupperware je.
Wowwiee.. Jacuzzi ni memang best sebab ia sama je macam kolam air panas kat public area tu. Air panas tu memang original dari source. Orang sana panggil “air belerang”. Bukan air sejuk yang dipanaskan eh. Memang best. Malam-malam pun boleh berendam.
Masuk ke dalam villa je, terus nampak jacuzzi. Danish, Tisya dan Darwisy dah excited. Darwisy paling tak boleh ‘dijaga’.Pantang leka, terus nak terjun ke dalam jacuzzi. Tanpa berlengah, terus pakaikan budak-budak ni dengan baju mandi, appoint salah seorang pakcik diorang jadi guard sementara orang lain punggah barang-barang dari dalam kereta.
Ruang luar rumah agak luas dan mampu memuatkan 2 kereta Proton dan satu kereta Honda. Ngam-ngam je. Kalau korang bawa kereta panjang-panjang, mungkin 2 kereta je yg muat. Suasana sekeliling kawasan villa dipenuhi dengan pokok-pokok menghijau. Kawasan villa ni juga sedikit jauh dari public pool. Sunyi dan sangat mendamaikan. Memang tenang rasanya.
Hari pertama kami hanya berehat di villa. Hari pun dah petang. Semua orang malas nak pergi public pool. Jadi petang tu jalan-jalan di kawasan sekitar villa. Anak beranak ni siap main badminton kat depan villa. Layan gambar eh.
TRAP menyediakan kawasan yang luas untuk pengunjung menikmati kolam air panas. Sebagai tarikan, kolam air sejuk juga disediakan. Air sejuknya disalurkan dari air gunung berdekatan. Memang best! Next entry I akan tunjuk apa yang menarik di TRAP.



7 scribble(s) on "Family holiday di Sg. Klah Hot Spring (TRAP) - Part 1"
i baru pergi dlm awal bln ni.. first time dulu pergi masa ofis buat family day.. villa mmg menarik, cuma masa dtg baru2 ni public pool tu sotong yg pancutkan air dah takde..
ila dah 2 kali pergi..memang best..next time ingat nak duduk villa plak..gi ramai-ramai..
Jom Singgah Baca : Tolonglah Jadi Manusia Yang Ada Sivik
nieda> rasanya sotong tu mmg dah lama takde kan? hehe.. kepala sotong tu dah buruk sangat kot.
Ila> wah, rajinnya pergi sampai 2 kali. villa memang best. kalau pergi ramai2, boleh la share villa. tapi memang kena booking awal sebab villa sentiasa penuh
feeewiiiiittttt kmpg ai ni! haha
*tp ai melayu la, bkn org asli :p
munnafendy> wah, ye ke? best la camtu. dpt pergi selalu
aku byk kali nk pg sini, tp pegi tu bukan saj2 nk pg, kire nk menyinggah la otw blk KL tp selalu aje xnyempat.. eh ko xckp bape rate villa tuh pon.. aku tingin bwk mak aku g sini, leh rendam2 kaki hehe
ely> villa tu, rate dia agak mahal la kalau nak banding dengan hotel room yg berharga RM250 (super peak). tapi kalau pergi share beberapa keluarga, mmg berbaloi.
harga yg aku bagi ni utk low season:
deluxe : RM170
villa 1 bilik : RM500
villa 2 bilik : RM600
villa 3 bilik : RM700
villa sentiasa penuh. so kalau nak, kena booking awal2. mcm aku, aku booking 6 bln awal. tu pun nasib baik ada tempat
Post a Comment