Monday, December 05, 2011

Keguguran pun wajib pantang macam orang bersalin


Nak tanya korang yang pernah mengalami keguguran. Kalau yang tak pernah mengalami keguguran tapi boleh jawab soalan ni, silalah jawab.

Berapa lama tempoh berpantang utk mereka yang keguguran?

Kalau ikutkan hari nie, dah masuk 14 hari I berpantang. Benda yang sejuk-sejuk memang tak ambil. Ada tanya sorang bidan nie. Katanya, jangan makan benda yang sejuk je. Lepas tu katanya, pantang betul-betul dalam 2 minggu. Lepas tu, kalau nak pantang lagi, terpulanglah.

Wah, tapi memang ada beberapa orang cakap, hanya perlu berpantang selama 2 minggu. Tapi ada juga yang kata kena pantang 44 hari. Paling lama I pernah dengar, pantang selama 100 hari. Fuh, lama tu.

Lain bidan, lain ilmunya. So berapa lama nak kena pantang sebenarnya nie?

Semalam, I mula berurut. Yups, agak lambat la juga kan? Ni sebab tak jumpa makcik urut kat KL. Bukan tak cari. Puas dah tanya orang tapi kebanyakannya tak tau (sebab mereka berurut di kampung) dan ada yang jauh dari rumah. Sudahnya, google di Internet aje. Hehe.. tu yg dapat contact no seorang makcik di Kg. Pandan.

Semalam dia datang berurut. Petang ni 2nd round. Fuh, kuat tangan dia mengurut satu badan. Orang kata, sakit-sakit sedap. Ada 2 tempat makcik kata dah masuk angin. Bukan baru masuk tapi dah lama. Memang selama ni terasa dah masuk angin tapi takde masa nak pergi berurut.

Paling risau, time nak sengkak. Pengalaman kali pertama sengkak rahim buat I rasa takut. Maybe sebab tukang urut tu baru lagi. Sakit giler dia sengkak. Sampaikan ke tengah malam sakit lagi. Kali kedua masa bersalinkan Tisya, alhamdulillah ok. Yang kali ni pun ok. I guess pengalaman tu memainkan peranan penting la kan?

Saja tanya makcik urut nie, berapa lama nak kena pantang. Katanya 30 hari dah memadai. Tu pantang makan ye. Pantang lain, kena tunggu sampai signal, baru boleh stop berpantang. Huhuhu.

Sebenarnya, ibu yang keguguran wajib berpantang macam orang bersalin. Kalau boleh, biar lebih. Sebab keguguran ni umpama memetik buah mangga muda. Bila dipetik, getahnya mengalir lama. Seolah-olah dipaksa. Janganlah nak pantang main-main kerana kesannya takkan dirasai sekarang. Sebaliknya penyakit akan datang selepas umur 40 tahun.

10 scribble(s) on "Keguguran pun wajib pantang macam orang bersalin"

maisy on 11:08 AM said...

aku rase bersalin lagi perlukan care dr gugur kot..sebab tak byk mnde yg bergerak lagi..rahim pon taklah turun mcm bersalin...alignment pon tk byk lari..so utk aku,just 14 days je,and tak urut langsung...

Tk ramai yg mengurut aft gugur ni..tp kalo nak berpntang lame pon..lg bagus kan..tk minum sejuk sume...

Liz Rohaizat on 11:27 AM said...

maisya> tu la aku cakap. byk versions. hehehe, jadi terpulang pada badan masing2. makcik tu ckp, kalau dah start buat semua benda secara normal dan dlm masa yg sama tak rasa mcm nak bentan, kira ok la. badan kita kuat. tapi kalau rasa nak bentan, maknanya kena la teruskan pantang.

yups, urut org bersalin dan org gugur lain la. bersalin mmg urut habis. utk keguguran, lebih kepada buang angin dan sengkak rahim kalau rahim turun sikit. kdg2, rahim boleh turun tanpa sedar kalau kita selalu buat kerja berat. tu yg aku kena sengkak gak tu sebab dah turun sikit. tapi lepas sengkak, selesa je rasa.

pantang mkn aku nak bagi cukup 30 hari. yang lain dah tak pantang dah. cuma stokin tetap pakai sebab sejuk

pizet on 1:30 PM said...

pendapat dari org x dak pengalaman ni..huhu rasa pantang gugur ni lagi strict dari bersalin kot..pendapat org yang x dak pengalaman ni la..serius x dak pengalaman bab ni..harap2 x kan ada lansung la kot

Ely Hasrul on 2:06 PM said...

aku xpasti la bape hari tp mmg dinasihatkan berpantang lah. kakak ipar aku pantang makan bende sejuk SETAHUN!! tahan betol dia tuhh huhuhu

Liz Rohaizat on 3:01 PM said...

pizet> hehehe, takpe.. semoga dijauhkan dari awak.

ely> aku rasa paling cepat pun 2 weeks kot. setahun tak mkn sejuk? huhu. tak boleh, ice cream memanggil-manggil aku dah nie.

mummY daniSha on 4:08 PM said...

hi liz,mase gugur dulu x pantang pun hehee.sebab kecik lg mase tu..baru 4 weeks...turun macam tu je...x yah dnc pun...kene pantang jugak ke kalau gugur mcm ni?

Liz Rohaizat on 4:15 PM said...

mummy danisha> kalau tanya makcik urut, tetap kena pantang. paling singkat 2 minggu. takpe, masa saya 1st time gugur dulu pun tak tau. mmg tak pantang apa. sama macam awak gak. natural. no D&C.

tapi bila tau, terus minta urut sebab nak naikkan peranakan. walaupun singkat, gugur tu menyebabkan rahim luka dan peranakan boleh turun sedikit.

p!nkerton on 11:08 PM said...

salam liz.. sorry aku lambatttt sgt drop comment. susah nak bloghop skang sbb dah kena blocked kat opis ;p balik rumah pulak bersilat dgn budak2.
sorry to hear bout the miscarriage. mungkin belum rezeki utk tambah ahli keluarga & ada hikmahnya. insyaAllah tak lama lagi ada la tu, Aminn :) take care k, mmg kena berpantang kan, badan nak pakai lama :)

Liz Rohaizat on 8:13 AM said...

fatih> hohoho, takpe la. aah, mmg tgh berpantang sekarang ni. buat mana yg terdaya je la

weed said...

mmg byk version bab2 pantang ni...ade yg hardcore...ade yg biase2 je....memule org soh aku urut awal2...tp mak aku tak bg....so aku tunggu pas abis 44 hari baru aku urut...tp dlm mase tu aku makan ubat bidan....so time bidan tu urut...kejap je...sbb dia kate takde masalah....peranakan pn ok...member aku sorang ni dulu nurse bidan...dia kate 2 weeks je dh cukup....so pantang aku ni gabungan moden n tradisi...hehehe...

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Header by Jiji