Wednesday, January 11, 2012

Kadang-kala yang terbaik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain


Awan mendung berarak. Kami balik berdua saja. Hujan rintik sudah mula turun.

"Nanti kita main gelongsor ye"
"Tak boleh. Dah hujan"
"Kat rumah tak hujan" jawab si anak penuh yakin.
"Kalau kena hujan, nanti demam"
"Takpe la.. Tisya makan ubat je"

I tengok Tisya. Muka dia confident betul yang dia akan dapat main kat playground. Malah, dia sanggup ambil risiko demam. Kalau kita lihat betul-betul, kanak-kanak penuh dengan sikap positive dan confident pada diri sendiri. Benda yang berisiko tu la yang dia lagi nak buat.

Nak marah dia panjat sofa sampai ke atas? Tak payah la. Lagi dia buat. Siap puji diri sendiri lagi, "Tengok, Tisya pandai kan? Tak jatuh pun".

Bila menginjak dewasa, kita diberi akal fikiran yang cukup matang untuk menilai baik buruk jalan yang kita pilih. Kita boleh berfikiran positif tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu menimbang keburukan keputusan yang kita akan buat. Jika lebih banyak keburukan dari kebaikan, seharusnya kita beralih arah.

Berfikiran positif itu baik tetapi harus kena pada tempatnya. Harus fikirkan impaknya kepada orang sekeliling. Kita yang dewasa ni tidak akan dipandang seperti kanak-kanak. Kalau Tisya jatuh dari sofa, I akan ada untuk tangkapnya. Kalau tak dapat tangkap, I akan pujuk dia.

Tapi kalau kita yang dewasa ini "jatuh", belum tentu org nak hulurkan bantuan. Malah, kita mungkin digelakkan dan dipersalahkan kerana sanggup mengambil risiko sebegitu besar.

6 scribble(s) on "Kadang-kala yang terbaik untuk kita, belum tentu baik untuk orang lain"

Irfa on 9:22 AM said...

penuh bermakna :)

Liz Rohaizat on 9:48 AM said...

irfa> ilham di waktu malam selalunya mmg penuh bermakna. hehehe

fatt on 10:00 AM said...

betul..silap2 org lain amik peluang diatas kesilapan kita. tunggu masa nak strike je

Liz Rohaizat on 12:35 PM said...

fatt> at the end of the day, orang hanya fikir tentang diri sendiri. awal2 mmg la dpt galakan, dorongan.. ckp org2 negatif mmg taknak dgr. tapi once dah "jatuh", org yg bagi galakan tu hanya mampu cakap "kesian". bknnya nak tolong pun.

realiti yang susah orang positif sentiasa nak nampak

Ely Hasrul on 3:25 PM said...

yg aku xpaham nye org selalu nk kondem 'sesuatu yg baik buat kite tuh' sbb kat dia xmberi makna/xbkesan.. walhal kite tak komplen pon siap bahagia lagik.. eh ape aku melalut nih kihkihkih

Liz Rohaizat on 3:35 PM said...

ely> kalau bahagia, elok la. dah kira betul. kalau tak bahagia? hehehe

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez | Header by Jiji