Boleh dikatakan hampir semua rakyat Malaysia ambil peluang cuti panjang ni dengan balik ke kampung halaman. Kami? Duduk rumah je sebab I ingat nak balik kampung minggu depan. Kawasan rumah kami hampir lengang. Jiran depan rumah lagi la. Sampai ke la nie tak balik-balik lagi. Fuh, cuti panjang nampaknya.
Ingatkan nak bawa Tisya pegi zoo hari Selasa lepas. Tapi bila tengok cuaca yang asyik hujan lebat di petang hari, terus cancel plan. Tapi malam tu, kami beramai-ramai ke I-City.
Ramainya orang kat sana. Tapi kami sampai pun dah nak dekat pukul 9 malam. Ada la dalam setengah jam bergambar kat sana kot, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Terpaksa berjalan perlahan-lahan mencari tempat untuk berteduh. Nasib baik ada satu kawasan berbumbung kat area tu. So lepak kat situ dulu la sementara menunggu hujan berhenti.
Nak dekat pukul 12 tgh malam kot, baru la mereka mempersembahkan tarian singa. I lagi suka tarian singa dari tarian naga sebab kostum singa tu lawa kan? Naga macam kurus je. Hehehe..
Tapi kira dah mula la tariannya.
I like!
Singa kat gambar terakhir tu lawa kan? Suka tengok persembahan mereka. Kalau nak tahu, dua tarian singa yang popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan".
Tarian Singa Utara berasal dari utara negara China yang menggunakan tarian ni sebagai hiburan untuk keluarga diraja. Kostum singa mereka akan menggunakan warna merah, jingga dan kuning. Untuk singa betina pula, kostum berwarna hijau akan digunakan. Oleh kerana ia sekadar hiburan, maka pergerakan akrobatik banyak digunakan dalam setiap persembahan.
Tarian Singa Selatan pula lebih melambangkan alam sekitar. Ia digunakan bagi membuang semangat jahat dan membawa tuah. Kostumnya pula berwarna warni, dengan mata singa sedikir besar dan mempunyai cermin serta satu tanduk di hadapan.
Dah kata pergi I-City tapi mana gambarnya? I tak ambil banyak gambar pun. Tapi ok la, share 3 keping gambar kat sini.


5 scribble(s) on "Simbolik tarian singa"
suka jg tarian singa banding dgn naga..hehe. jiran selang sebuah baru panggil singa 2nd day cuti cny hr tu. depa amik 'berkat' tahun naga sama kot..siap singa tu masuk rumah, touch2 semua kereta dan van2 jiran tu..kire mcm kasik tuah kot kan buat mcm tu.[jiran cina tu tokey van sekolah]
diyana> rasanya businessmen yg selalu buat camtu. bawak masuk singa ke rumah dan pejabat. bagi bwk ong gitu. tp bos saya tak pernah buat. kehkehkeh
cantiknye gambar! huhu tu laa dum dum ceng tuh boleh buat jantung berdegup kencang! tp bezz kan?
suka tgk bila singa tu kedip2 mata dia! comell betul! kadang2 derang ni menari betul2 macam pe'el singa/kuceng, gosok2 kepala laa..joget2 laa..comel!..
alaaa tisya dh nmpak cam 'kakak' sgt.. sweet la diaa...
dulu kecik2 kalu CNY aje suka la tunggu lion dance nih sbb ade ramai jiran cina panggil.. time nih sonok la tgk free show hehe
ila> ye, jantung mmg laju tapi kita rasa best. aah, sama la. suka tgk mata dia berkedip. lps tu pandai pulak tiru gaya singa.
ely> mmg dah sampai masa jadi kakak kan? adik je takde lagi. cultural performance memang bagus sebab dpt kenalkan kita pada culture kaum lain.
Post a Comment